Suami ada hubungan sulit dengan isteri orang
PERKAHWINAN saya baru saja menginjak usia dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia setahun. Suami saya menjalin hubungan dengan isteri orang dan mengaku pernah melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.
Kami sering bergaduh dan suami pernah menjatuhkan talak. Seminggu kemudian suami rujuk kembali atas sebab anak. Dia sudah tidak menyayangi saya dan masih menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Saya buntu dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan kerana saya masih sayangkannya. Apa yang perlu saya lakukan Dr?
NOOR,
Kuala Lumpur.
SUAMI puan perlu segera bertaubat kepada Allah dan berazam untuk tidak mengulangi dosa dan jenayah zina. Tanpa kembali menghayati ajaran Islam fitnah yang besar akan menimpa diri, keluarga dan masyarakat.
Dalam pada itu puan juga boleh menasihati secara baik supaya suami berubah menjadi suami yang bertanggungjawab. Bantuan keluarga juga boleh diminta untuk mendapat nasihat tentang hal berkenaan.
Peranan keluarga sendiri terutama ibu bapa amat penting dalam hal sebegini. Mereka adalah rujukan yang terbaik dalam kes ini. Perlu diketahui juga Islam melihat kesan buruk zina di dunia dan akhirat seperti yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya: “...dan orang yang tidak menyembah sesuatu (ilah) yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Furqan ayat 68-70).
Islam juga melihat jenayah zina amat berat lebih-lebih lagi berzina dengan wanita yang bersuami. Dosanya lebih besar daripada berzina dengan wanita yang tidak bersuami kerana terdapat unsur perbuatan zalim terhadap suami wanita terbabit.
Api permusuhan akan berlaku dan ia merosakkan keutuhan rumah tangganya. Sebab itu hukum bagi penzina yang muhsan (sudah berkahwin) adalah lebih keras iaitu direjam sampai mati.
Ini berbeza dengan penzina bukan muhsan (tidak berkahwin), hukumnya 100 kali rotan dan diasingkan selama setahun. Allah juga memerintahkan masyarakat supaya mengawal rasa prihatin dan kasihan belas kepada penjenayah zina.
Ini kerana pada kebiasaannya masyarakat mudah kasihan dengan jenayah zina berbanding dengan jenayah bunuh, rompak dan curi. Lebih-lebih lagi apabila yang terbabit terdiri daripada semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin.
Maka Islam menghendaki hukumannya disaksikan agar masyarakat mendapat pengajaran yang berguna (lihat Surah al-Nur ayat 1-2). Dengan adanya hukuman yang berat, akhlak masyarakat dapat dikawal dan lahir akhlak mulia.
Bagaimanapun, hukuman sebegini tidak diterapkan dalam undang-undang semasa mengakibatkan banyak berlaku keruntuhan moral masyarakat.
Tiadanya hukuman zina yang berat dan lebih-lebih lagi masyarakat bergerak kepada pergaulan bebas menyebabkan tiada penyelesaian kepada isu berkaitan jenayah zina seperti kes pembuangan bayi dan sebagainya.
Setiap orang menjadi buntu termasuk diri anda apabila berdepan dengan masalah begini dalam keluarga. Hanya ajaran agama sahaja dapat menyelesaikan kemelut sosial sebegini.
Islam datang dengan penuh persiapan dalam bentuk kepercayaan, undang-undang dan nilai akhlak yang mulia bagi memandu manusia supaya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat.

0 comments:
Post a Comment