Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal
Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal
dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu. Noor Azman Azemi, 38, yang
bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu
mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap
Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan
Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3
Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika
berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak
dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan
diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj. “Saya
diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi
kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk
Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun
saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus
dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar
Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan
menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. “Wang tunai
tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk
dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara
tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar
untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. “Saya hanya
dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah
dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik
dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida
Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Zuraida seterusnya berkata,
berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang
dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga
Januari 2012. “Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu
RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai
yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula
terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan
kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu
berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya. Selain itu, Zuraida
mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series
,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Zuraida
kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai
sebanyak itu. “Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat
Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk
diberikan kepada Zahida,”
0 comments:
Post a Comment