RSS

Butik Pakaian Muslimah Online

SweetMuslimah.com

Monday, April 4, 2011

Kontroversi video Seks Anwar ibrahim

Video "Seks" Di Dedahkan, Persoalannya Kenapa Satu-Satunya Video Yang Ada Pada Datuk T Serta Pihak Polis Boleh Terlepas Ke Tangan Orang Lain

Adengan "video seks" panas yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula ditayangkan di laman Youtube oleh pihak berkenaan mulai tengahari tadi. Ia dipercayai telah diupload oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya The Power Cam. Maka, ramailah penyokong UMNO BN mula bersorak kononnya itulah dia bukti Anwar memang terlibat dengan kes tersebut. Persoalannya yang harus dijawab ialah kenapa individu terbabit boleh memuat turun video berkenaan pada hari semalam 3 April 2011 dari negara Thailand berdasarkan kepada tulisan pada skrin video terbabit. Malah, kita juga amat hairan kenapa video itu diupload semalam sedangkan Datuk Eskay dan Rahim Thamby Chik sendiri pernah berkata hanya mereka sahaja yang mempunyai video tulen tersebut. Adalah difahamkan video berkenaan telah berada ditangan pihak polis. Maka, bagaimana individu terbabit boleh menyimpan video berkenaan. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Bagaimana video tersebut boleh terlepas ke tangan beliau. Apa yang berlaku ini pernah terjadi kepada ramai artis suatu ketika dulu seperti Ella, Fazura, Ida Narina, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Wajah mereka dikatakan pelakon seks dalam video yang tersebar diinternet, tetapi bila diamati betul-betul ternyata ia adalah wajah seiras dari Filipina atau Thailand yang menyerupai wajah-wajah mereka. Kini ia berlaku pula kepada Anwar. Nampak sangat yang video itu sengaja dirancang sedemikian rupa. Apakah kita mahu percaya?.


Bukti, paparan tulisan dalam bahasa Thailand pada skrin video tersebut

Inilah dia video sebahagian video panas yang dikatakan mirip Anwar
Terdapat seorang individu yang membuat komen di Malaysiakini berkenaan perkara ini berkata "Bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason... pertamanya kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly. Keduanya scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene.. Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu,aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu ", kata individu dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu.

Inilah bukti wajah mirip artis yang pernah dikaitkan dengan skandal
video seks suatu ketika dulu, Ida Nerina (kiri) dan Fazura (kanan)

Lagi bukti kukuh, ramai artis yang muka seiras jadi mangsa video seks
seperti Fauzi Nawawi (kiri) dan ratu rock tanahair Ella (kanan)


Maka itu, mungkin juga Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa penipuan
video seperti ini gara-gara ada pihak yang mahu hancurkan politiknya

Isu Rakyat: Pelanggan "Maxis" Tertipu Gara-Gara Terpaksa Bayar RM1790.57 Ke Atas Perkhidmatan Broadband P1 Yang "Tidak Pernah" Dia Gunakan !


KUANTAN, 4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan. Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax. "Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada. Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu. Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran", katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju. Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan. "Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus. Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan", tambah beliau lagi.
Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax
"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya. Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi. Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan.


Bukti, inilah dia bil yang terpaksa dibayar atas perkhidmatan tersebut

Gara-gara alat inilah menyebabkan beliau terpaksa bayarRM1790.57
"RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57. Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan", katanya lagi.

[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya. Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang. Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].

Panasi: Gara-Gara Mereka Begitu Sibuk Menjaga Kepentingan Politik AMENO (UMNO), Kini Pusat Latihan Polis Pula Di Serang Oleh Virus ADENO !!

SEREMBAN 4 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang jalani latihan di Pusasda sejak Januari lalu.
[Ramai yang terkejut dengan senario yang berlaku ini sebenarnya. Namun, segalanya adalah dari Allah SWT, cuma pihak berkenaan perlu beringat-ingat dengan setiap tindakan yang dilakukan kepada rakyat. Pihak polis jangan terlalu menjaga kepentingan politik pihak-pihak tertentu hingga menakutkan rakyat. Polis sepatutnya menjadi pelindung rakyat, tapi di Malaysia situasinya sudah berbeza bila rakyat menganggap polis pula yang menakutkan mereka. Lantaran itulah segala yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar. Virus Adeno yang melanda itu mungkin dek kerana doa rakyat yang tidak mahu polis terus menjadi alat kepada virus Ameno (UMNO). Rakyat tidak mahu lagi mereka terus diperlakukan sesuka hati oleh pihak polis hanya kerana taat kepada arahan ketua. Sepatutnya dengan khalimah "Allah Muhammad" yang ada pada lambang mereka itu maka pihak polis sewajarnya lebih takutkan Allah dari manusia. Namun, ini tidak berlaku bilamana polis terpaksa bekerja atas arahan orang politik. Semoga fenomena ini akan berubah selepas pilihanraya umum akan datang. Oleh itu, ambillah ikhtibar atas segala yang terjadi ini].

Panas: Karpal Gesa Kerajaan Menayangkan Video Seks Di Parlimen, Soalnya Apakah Nazri Aziz Dan Trio Datuk T Berani Membenarkan Ianya Berlaku

KUALA LUMPUR, 3 April - Nampaknya "Trio Datuk T" bakal berhadapan dengan cabaran besar kali ini. Ia berikutan kenyataan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh (foto) yang mahukan supaya "Video Seks" yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara ditayangkan semua di Dewan Rakyat. Sebelum ini, Menteri Nazri Aziz menegasakan pihak yang menayangkan video seks terbabit tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana tindakan mereka bukanlah untuk mencari keuntungan. Malah, video panas yang dipercayai memaparkan wajah individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mencetuskan kontroversi hebat apabila dua orang Mufti (Perak dan Perlis) mengeluarkan kenyataan yang dilihat memihak kepada Anwar. Akibat kenyataan itu, tiba-tiba Ketua Polis Negara mengesahkan video tersebut adalah tulen. Ini menyebabkan rakyat semakin keliru dan musykil, tambahan pula terdapat dakwaan salah seorang individu yang mendedahkan insiden ini iaitu Datuk Eskay dilihat terdapat dalam video yang diperkatakan itu. Makanya, ia jelas sekali menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Maka itulah Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayang video iti di parlimen. Beliau berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya. Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung kontroversi video seks DP Vijandran.

[Jika video ini ditayangkan di parlimen, maka ia sekali lagi pasti akan menggemparkan kerana wajah pelakon lelaki yang dimaksudkan itu pasti akan didedahkan. Soalnya, jika benar Anwar mengatakan lelaki itu bukanlah dirinya seperti yang didakwa maka sudah pastilah ia akan menyebabkan Trio Datuk T mendapat malu besar. Justeru itu, kami amat yakin tayangan ini pasti tidak akan berlaku demi melengkapkan perjalanan kes ini. Jika tidak pasti ia akan menyebabkan Trio Datuk T terutamanya Rahim Thamby Chik berhadapan dengan satu situasi yang sungguh mencemaskan. Rasionalnya kami mengatakan begini ialah kerana jika benar video itu sah wajah Anwar, maka sudah pasti ia akan bertebaran di laman youtube (internet) sama seperti yang berlaku kepada Chua Soi Lek itu. Rakyat yang boleh menjadi hakim untuk mengesahkan siapakah pelakon tersebut. Samalah dengan apa yang berlaku sebelum ini apabila kita dikecohkan dengan video seks Zakiah Anas, Ida Nerina dan ramai lagi artis popular. Namun, selepas ia disebarkan di internet ternyata wajah tersebut adalah bukan artis berkenaan. Orang ramai boleh menilai, soalnya kenapa Ketua Polis Negara begitu cepat mengumumkan ketulenan video berkenaan hanya berdasarkan siasatan seorang pakar].

Panas: Ramai Ahli UMNO Tidak Percaya Kes Video Seks Kerana Pembawa Beritanya Ialah Si Munafik Rahim Thamby Chik Yang Tidak Boleh Di Percayai

Susulan dengan tersebarnya isu video seks baru-baru ini, maka ramai ahli UMNO akar umbi sebenarnya tidak percaya langsung kisah video seks yang didedahkan oleh "Trio Datuk T" itu. Malah, mereka merasa amat lucu dan kecewa dengan "trick politik kotor" yang dimainkan oleh pemimpin atasan parti itu. Menurut salah seorang daripada mereka yang ditemui krew kami berkata "Kita tidak kisah jika tuduhan terhadap Anwar itu disertakan dengan bukti kukuh. Ini masalahnya, orang yang menjadi mastermind video itu sendiri pun diragui kejujurannya iaitu Rahim Thamby Chik. Orang UMNO tahu sebenarnya apa yang terjadi antara mantan Ketua Menteri Melaka dengan gadis bawah umur yang menjadi mangsanya dulu. Malah, Rahim sebenarnya tidak dibicarakan di mahkamah cuma Peguam Negara mendapati tiada kes untuk mendakwa beliau", katanya. Justeru itu katanya, dalam Islam telah mengajar kita supaya menyiasat si pembawa berita terlebih dahulu sebelum menerima apa yang dibawa itu."Dalam kes ini kami orang UMNO sendiri pun tidak percaya dengan Rahim, maka bagaimana dia boleh membuat cerita karut sebegini. Malah, Rahim berulang kali menyatakan dia berdendam dengan Anwar dan mahu pemimpin itu meletak jawatan seperti yang berlaku kepadanya dulu. Padahal, Rahim lupa yang Anwar sudah pun dipecat oleh Mahathir daripada UMNO dan Kerajaan pada 2 Sept 1998 dulu. Makanya, kenapa Rahim beriya benar mahu Anwar letak jawatan lagi", katanya.

Kenapa Ada Dua Undang-Undang Untuk Kes Sama

Banyak persoalan yang sebenarnya menyebabkan cerita video seks ini menjadi karut marut katanya. Antaranya, secara logik kenapa video tersebut tidak disebarkan menerusi internet seperti yang berlaku kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek (foto) dulu?. Gara-gara tersebarnya video tersebut diinternetlah menyebabkan Chua terpaksa mengaku yang itu memang gambarnya. Malah, pihak polis juga mengeluarkan arahan supaya mana-mana pihak tidak menyimpan,l mengedar, menerbit atau menayang video terbabit sesuka hati. "Maknanya polis begitu mengambil berat maruah Chua yang telah tercemar itu. Malahan, dengan tersebarnya video tersebut menerusi Youtube di internet, rakyat sendiri boleh menilai apakah benar wajah yang dipaparkan itu ialah Chua Soi Lek. Maknanya mereka menjadi hakim untuk menentukan kesahihan dan ketulenan wajah Chua, walau pun mungkin gambar itu sekadar tempelan semata-mata. Namun, dek kerana Chua gusar pembongkaran lebih hebat dilakukan dia akhirnya mengaku dialah lelaki didalam video tersebut", kata beliau Namun, senario yang berbeza dalam kes video seks terbaru ini. Umum mengetahui, malah media memainkan peranan mendedahkan memang individu itu adalah "mirip Anwar". Persoalannya, kenapa pihak polis tidak terus mengumumkan itu memang Anwar?. Kenapa takut menyatakan kebenaran jika video itu ternyata dilakonkan oleh pemimpin pembangkang terbabit?. Malah katanya, setakat hari ini kenapa tiada langsung penyebaran video itu menerusi internet?. "Kenapa dirahsiakan dan tidak mahu rakyat menjadi hakim?. Kenapa hanya mendapatkan ulasan daripada seorang pakar tempatan lantas Ketua Polis Negara mengatakan video itu tulen. Apakah makna "tulen" itu, tulen pada videonya atau tulen pada wajah pelakonnya. Malah, kenapa begitu cepat polis mahu membawa kes itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan?", kata beliau lagi.

[Malah, ramai yang mempersoalkan apakah motif Rahim Thamby Chik berbuat demikian?. Apakah beliau bercita-cita untuk naik semula dalam politik UMNO. Mungkin juga dia mahu PM Najib Razak memberikan kerusi untuk beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang supaya dia boleh kembali menjadi Ketua Menteri Melaka?. Ramai ahli UMNO tahu siapa Rahim sebenarnya, malah ada sesetengah pihak di Melaka yang mendedahkan mana-mana "tokey" yang mahu mendapat projek besar di negeri itu perlulah membawa "ayam special" untuk diratah oleh beliau. Aktiviti ini dijalankan di sebuah hotel mewah di Melaka sendiri. Ia diketahui oleh ramai pekerja hotel tersebut tetapi mereka takut untuk mendedahkannya. Samalah dengan isu tangkapan Najib dengan seorang artis di Port Dickson dulu. Boleh dikatakan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO tahu di mana mereka ditangkap dan siapa yang bertanggungjawab melepaskan pemimpin terbabit ketika itu. Pendek kata isu "seks" dengan UMNO ini umpama "isu dengan kuku". Tunggu pendedahan panas "Seks perwakilan UMNO ketika perhimpunan Agung parti itu". Mengejutkan pemimpin UMNO bahagian bawa wanita UMNO (bini orang) tidur di biliknya hingga menyebabkan keluarga wanita terbabit bercerai berai. Tunggu pendedahannya yang melibatkan salah seorang pemimpin UMNO bahagian di Pahang. Oleh itu, tak usahlah puak-puak UMNO merasa mereka bersih sangat, sedangkan hakikatnya seks itu banyak berlaku dalam parti itu].

Edisi Seni: Al-Fatihah, Penulis Lirik Lagu Terkenal Seri Bayu Meninggal Dunia Pukul 8.15 Malam Tadi

PORT DICKSON, 12.58 pm - Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik (foto), meninggal dunia pada 8.15 malam tadi di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun. Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. "Beliau dimasukkan ke hospital di Port Dickson kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di Port Dickson. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama. Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk dekat sini, selepas waktu Zuhur. Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama. Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain.

[Kau pernah berkata esok ada mentari untuk cinta kita, kau pernah berjanji esok ada pelangi untuk rindu ini". Itulah antara bait lirik lagu Sayang Terakhir hasil nukilan terbaru Seri Bayu ketika Allahyarham terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) satu ketika dulu. Menurutnya, nukilan puitis itu tercipta berdasarkan pengalaman hidupnya bersama isterinya seorang artis muda, Erema atau nama penuhnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (foto) bagi menggambarkan perjalanan hidupyang pernah mereka lalui sebelum ini. "Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini,segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri," katanya. Beliau yang dirawat di HKL kerana menanggung derita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh isterinya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November tahun lalu. Al-Fatihah buat Allahyarham, Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya].

Kenyataan Ku Li, Terbukti Konspirasi Video Seks Adalah Strategi 'Politik Kotor Musuh Anwar' Yang Sudah Gila Dek Kerana Takut Kehilangan Kuasa !

Kenyataan panas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) tentang isu "video seks" baru-baru ini, mengesahkan kepada kita bahawa ramai pemimpin UMNO sebenarnya kecewa dengan senario itu. Mereka mula gusar, BN akan kehilangan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang jika politik "jijik" ini terus dimainkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam kenyataannya, Ku Li membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting. "Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. “Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden UMNO itu. "Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah. "Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya. Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri. "Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," katanya.

[Persoalannya sekarang, apakah Ku Li bakal berhadapan dengan satu tindakan drastik mereka menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Beranikan Najib menukar pemimpin lain untuk bertanding di Parlimen Gua Musang jika Ku Li diterajang keluar?. Semua ini wajar kita fikirkan kerana kenyataan Ku Li soal video seks ini jelas sekali membuktikan beliau sudah tidak tahan lagi untuk mendedahkan apa yang sudah lama tersirat dalam fikirannya selama ini. Kebenaran apabila ditutup ia akan menyebabkan manusia menjadi semakin "bengong" dan tidak dapat "duduk diam". Maka itulah akhirnya Ku Li memberanikan diri untuk membuat teguran terbuka tentang apa yang berlaku ini. Biar pun ia dianggap teguran peribadi, namun apa yang diperkatakan beliau itu jelas sekali menunjukkan memang ada unsur konspirasi yang sering dinafikan oleh puak-puak terbabit. Apa yang pasti, Ku Li bakal menjadi mangsa mereka selepas ini dan langkah terbaik Ku Li perlu jujur terhadap diri sendiri dan kembali bersama rakyat sekarang. Masa depan politiknya terus kelam dalam UMNO, bahkan dia terus dihina oleh pihak terbabit. Apa tidaknya, orang kanan beliau seperti Rais Yatim, Shabery Chik dan lain-lainnya diangkat sebagai menteri kabinet Najib. Sedangkan dia yang lebih senior dan berpengalaman itu hanya menjadi Menteri Hal Ehwal Gua Musang dulu, kini dan buat selama-lamanya].

Panas: Yang Di Pertua JMM, Si Azwandin Hamzah Buat Laporan Polis Terhadap Ketua AMK Susulan Mengaku Miliki 'Video Seks' Pemimpin UMNO BN !

KUALA LUMPUR 3 April - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin agar menyerahkan bukti kepada polis jika benar beliau memiliki rakaman video seks melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah (foto) berkata, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh dua tiga hari ini, pihaknya akan meminta polis mengambil keterangan dan mendapatkan rakaman video seks yang didakwa dimiliki Shamsul Iskandar Beliau percaya pemimpin AMK itu sengaja mengeluarkan fitnah dengan niat jahat bagi mengalihkan perhatian masyarakat mengenai pendedahan video seks didakwa seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini. "JMM ingin menasihatkan Shamsul agar tidak membiarkan dirinya dijadikan 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu bagi mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai bukti dan fakta dengan niat untuk memfitnah mana-mana pihak. "Jadi kita cabar beliau segera menyerahkan apa yang didakwa rakaman video seks melibatkan pemimpin politik kepada polis agar siasatan terhadap individu terbabit dapat dijalankan seperti siasatan terhadap pendedahan video seks melibatkan pemimpin parti pembangkang baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Shamsul di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam. Menurutnya, perbuatan beliau itu kerana terdesak untuk menyelamatkan ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks baru-baru ini, memandangkan dakwaan yang dilempar terhadap pemimpin BN dan UMNO hanya dibuat selepas pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang berkenaan.
[Nampaknya selepas keluar dari PKR, Azwandin semakin bersemangat untuk menyerang apa saja tindakan parti itu. Namun, nasibnya tidak sehebat Ezam dan Lokman, kerana dia masih belum diangkat kembali ke jawatan penting yang diidam-idamkan dalam parti UMNO sebenarnya. Lantaran itulah dia perlu menunjukkan bukti kesungguhan berjuang melawan parti lamanya itu agar diberi perhatian sewajarnya oleh pucuk pimpinan UMNO. Laporan polis yang dibuat itu pasti akan disiasat dengan cepat dan pantas oleh pihak polis berbanding ketika dia berada dalam AMK suatu ketika dulu. Sungguh bertuah rakyat Malaysia, bila diberi layanan istimewa hanya selepas mereka kembali kepada parti jahiliyah itu. Sedangkan jika mereka mendedahkan apa saja yang perlu dibongkar ketika tidak bersama kerajaan, sudah pasti laporan tersebut akan dipandang sepi].

Saturday, April 2, 2011

Dek Kerana 'Takutkan Suara Rakyat', SPR Tidak Bercadang Untuk 'Adakan Pendaftaran Pemilih' Secara Automatik Bagi Pengundi Capai Umur 21!

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (foto) berkata, SPR juga tidak bercadang untuk menurunkan usia mendaftar sebagai pemilih daripada 21 tahun kepada 18 tahun kerana ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 119, tidak membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar diri mereka sebagai pengundi, dibuat secara automatik. "Ini kerana dalam Perkara 119, telah disebutkan pemilih mesti memohon untuk mendaftar dan tarikh permohonan itulah tarikh seseorang itu disah sebagai pengundi. Ini bermakna, tidak boleh dibuat secara automatik, terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun. "Kecuali Perkara 119 itu dipinda dan untuk meminda Perlembagaan, mesti mendapat persetujuan 2/3 ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

[Soalnya, kenapa SPR begitu takut untuk laksanakan sistem yang lebih demokrasi ini?. Semuanya kerana SPR mendapat ilham dari Kerajaan UMNO BN jika sistem itu digunakan maka dkhuatiri mereka akan kecundang dalam Pilihanraya Umum. Ini kerana mereka tahu pengundi muda sememangnya sudah bertukar arah untuk menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya. Oleh itu jugalah alasan dangkal diberikan bagi menidakkan senario ini berlaku. Sedangkan mereka mempunyai akses dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pendaftaran secara automatik, atau pun mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mencapai umum 21 tahun datang terus pada hari mengundi dengan membawa mykad masing-masing ke kaunter SPR. Itulah yang lebih baik daripada kaedah yang dijalankan sekarang. Kenapa mereka takut?. Semuanya kerana UMNO BN gusar dengan suara rakyat itu. Lantaran itu SPR dilarang laksanakan sistem itu. Semuanya kerana mereka takutkan bayang sendiri].

Panas: Minyak Petrol 'RON 97' Naik Lagi, Terbukti Gagasan Satu Malaysia, Rakyat Di Dahulukan PM Najib Razak Itu Semakin Mengarut Sebenarnya !!

Berita kenaikan minyak RON97 lewat hari ini sememangnya membuktikan gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan" semakin mengarut sebenarnya. Apa yang pasti, dahulukan rakyat bermakna kerajaan akan "jadikan rakyat testimoni" sebelum memastikan sesuatu tindakan itu diterima. Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen dan menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari. Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter. Dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petrol dan diesel mencecah RM7.61 bilion. Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggar mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

[Itulah alasan kerajaan setiap kali mereka menaikkan harga minyak tersebut. Subsidi terus dijadikan senjata untuk mengesahkan tindakan itu. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan UMNO BN sejak dulu, kini dan pasti untuk selama-lamanya selagi mereka memerintah negara ini. Justeru rakyat Malaysia terutamanya yang berada di Sarawak, bangkitlah dan tolak kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak ini kerana sudah jelas mereka menjadikan rakyat sebagai bahan ekperimen semata-mata. Sebaliknya mereka lebih menjaga kepentingan beberapa kerat golongan teknokrat dan konglomerat yang senantiasa membuka mulut untuk membaham rakyat itu. Lakukanlah perubahan demi mereaslisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan berkebajikan. Jika kita terus biarkan UMNO BN berkuasa, maka semakin banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat dirompak secara berhemah oleh mereka].

Edisi Pahang: Orang Ramai Kecewa Dengan Sikap Double Standard Pihak Polis Yang Ternyata Gagal Menghalang Demontrasi Video Lucah Di Temerloh

TEMERLOH, 2 April - Orang ramai di kawasan ini terkejut dengan tindakan beberapa orang pemuda yang kononnya mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang yang kononnya bertindak mengadakan perhimpunan secara aman di Perhentian Bas Mentakab, mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang. Jurucakap penganjur perhimpunan itu semalam, Nor Afendi Mat Saman berkata, rakyat ingin tahu siapa sebenarnya yang terbabit dalam video aksi seks tersebut supaya ia tidak lagi menimbulkan keraguan yang boleh mengundang pelbagai fitnah dan prasangka buruk. Kami juga menyokong supaya suruhanjaya diraja itu turut dianggotai oleh pihak media, NGO dan beberapa pemimpin pembangkang. "Penyertaan mereka boleh memberi gambaran yang tepat dan tidak akan disensasikan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik," katanya. Perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu berlangsung selama 20 minit dan berakhir apabila ahli NGO terbabit membuat laporan di Balai Polis Mentakab sebelum bersurai.

[Persoalannya sekarang ialah, kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan jika ia dilakukan oleh pihak pembangkang sudah pasti mereka akan mengganggunya. Inilah bukti "double standard" pihak polis amalan demokrasi di negara ini sebanarnya. "Kami pelik kenapa perlu mendesak, sedangkan Mufti Perak dan Mufti Perlis sudah memberi penjelasan meluas kes ini dari sudut agama Islam. Soalnya, kenapa mereka ini mahu mendengar suara dari Rahim Thamby Chik dan Trio Datuk T daripada mufti terbabit. Sungguh bebal puak-puak ini yang cuba mencari publisiti murahan ", kata seorang peniaga gerai yang ditemui. Malah mereka juga tertanya-tanya benarkah kumpulan terbabit mewakili NGO Pahang?. Sedangkan mereka sendiri tidak berani mengaku dari kumpulan NGO mana mereka itu sebenarnya].

Radioaktif: 'Ahli Parlimen Kuantan' Hantar Surat Terbuka Kepada Menteri Besar Pahang Berkaitan Projek Pembinaan Kilang Memproses Rare Earth !

KUANTAN, 2 April - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) telah menghantar satu "Surat Terbuka" kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berhubung isu kilang memproses radiaoaktif "rare earth" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa Menteri Besar Pahang prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya. Namun beliau berpendapat bahawa penerangan yang di terima oleh Menteri Besar daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan ‘rare earth’ ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian. Menteri Besar Pahang itu seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat dikawasan Kuantan dan sekitarnya.


Inilah dia tapak projek Lynas di Gebeng yang dapat bantahan rakyat itu
Katanya antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri besar Pahang kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan ‘rare earth’ di bina dinegara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini. Beliau juga berharap agar Menteri Besar Pahang itu juga harus bertanya kepada negeri Jiran iaitu Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negeri terbabit berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung 2007.

MB Pahang Perlulah Rujuk Pendirian Trengganu
"MB Pahang itu harus juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium – bagaimanakah ianya akan di uruskan dan peraturan apakah yang akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?", katanya. Beliau turut menegaskan supaya Menteri Besar Pahang itu juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada dipersekitaran kawasan Gebeng.
Pelancongan Pantai Pahang Pasti Akan Lumpuh
"MB Pahang harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimana kah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan ‘rare earth’?. Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yg ada di negara Cina (yg kita semua tahu tidak ambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.) Persoalan diatas amat penting. Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?". tambah beliau lagi dalam surat terbukanya itu. Beliau beraharap Menteri Besar Pahang itu barulah boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Info penuh Surat Terbuka
Inilah dia salinan surat Ahli Parlimen Kuantan kepada MB itu
[Nampaknya, isu ini semakin panas dan bakal menyebabkan kawasan Perindustrian Gebeng tidak akan menerima lagi pelaburan daripada lain-lain syarikat selepas ini. Ia akibat ketakutan maysrakat antarabangsa akibat kebenaran Kerajaan Negeri Pahang terhadap pembinaan kilang memproses rare earth terbesar di dunia itu. Apakah MB sedar akan semua ini?. Malah, yang paling bahaya ialah inudstri pelancongan itu sendiri, memandangkan berhampiran kawasan terbabit ialah pusat pelancongan seperti Cherating, Batu Hitam, Balok, Teluk Chempedak dan sebagainya. Begitu juga ia akan menyebabkan pelancong takut untuk menginap di hotel-hotel dan resort yang terdapat di sepanjang pantai berhampiran kawasan itu. Bukankah ini akan menyebabkan industri terbabit juga akan merudum. Begitu juga dengan pemaju projek pembangunan hartanah, mereka turut akan kehilangan hasil akibat kegusaran orang ramai untuk membeli hartanah berhampiran kawasan terbabit. Makanya, MB Pahang perlu mengambilkira semua aspek ini dan tidak terlalu taksub dengan usaha untuk mendapatkan pelaburan semata-mata hingga meminggirkan kehendak rakyat itu sendiri].

Isu Pahang: Menteri Besar Harus Faham Bahawa Kesan Radioaktif Bakal Di Tanggung Oleh Rakyat 20 Tahun Akan Datang Dan Bukannya Sekarang !

KUANTAN, 2 April - Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) kecewa dengan tindakan Menteri Besar yang sewenangnya mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan membenarkan terus pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" beroperasi di negeri ini. Kilang yang akan memulakan operasi di Kawasan Perindustrian Gebeng penghujung tahun ini itu telah mendapat bantahan ramai pihak termasuk dikalangan penyokong kerajaan sendiri. Maka itu tindakan MB untuk tidak mengendahkan suara rakyat amatlah dikesali katanya. Beliau juga menegaskan kesan radioaktif itu tidak akan berlaku dalam tempoh setahun dua ini, sebaliknya 20 tahun akan datang. "Pada ketika itu Menteri Besar telah bertukar tangan dan saya yakin Menteri Besar pada ketika itu akan menyalahkan Menteri Besar pada hari ini. Sebab itulah kita berhimpun untuk menyatakan bantahan", katanya semasa berucap di Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" di Masjid Balok petang semalam. Beliau juga menegaskan walau pun Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat tetapi rakyat perlu ingat ketika peristiwa kilang yang sama dibina di Bukit Merah (Perak) alasan yang sama juga diberikan oleh pihak terbabit. "Mereka memberi jaminan selamat, tetapi apa yang berlaku penduduk Bukit Merah terpaksa menanggung kesan sehingga ke hari ini", tambah beliau lagi.


[Persoalannya sekarang ketika itu apakah Dato' Sri Adnan Yaakob sedar yang dia bukan lagi Menteri Besar Pahang?. Jangankan 20 tahun akan datang, mungkin 5 tahun dari sekarang pun MB sudah bertukar tangan. Oleh itu, jika benar MB perihatin kepada rakyat maka beliau tidak seharusnya membenarkan pembinaan kilang berbahaya seperti ini. Nasid rakyat diperjudikan demi mencari keuntungan pelaburan semata-mata. Apa yang pasti, sudah tentu pihak syarikat Lynas Corporation Ltd (Australia) sememangnya sudah berunding dengan MB sejak awal-awal cadangan tersebut. Apakah rakyat boleh jangka persetujuan itu diberikan tanpa ada "komisyen" untuk MB yang akan menyokong projek berkenaan?. Bukankan selepas MB sokong barulah permohonan dibawa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Jika tidak sudah pasti kilang terbabit sudah lama didirikan di negeri Trengganu dan tempat-tempat lain. Cadangan berkenaan telah ditolak kerana kerajaan di negeri terbabit sedar akan tanggungjawab sosial untuk rakyatnya. Namun, ternyata gagal untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Apa yang penting sudah pastilah Kerajaan Negeri Pahang "komisyen" yang bakal diterima oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mereka boleh nafikan, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di Pahang berdasarkan kepada modus operandi yang sama apabila MB menyokong permohonan pembalakan, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Konsep "fail tebal sokong" inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya terpaksa menanggung derita].

Kontroversi: Polis Sepatutnya Siasat Serta Dakwa Trio Datuk T Bukannya Beriya-Iya Mengesahkan Ketulenan Video Seks Yang Mereka Bongkarkan !

Kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa polis telah mendapat keputusan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T disahkan ketulennya oleh pakar tempatan jelas sekali bermotifkan politik sebenarnya. Ini diperjelaskan oleh Peguam R.Sivarasa (foto) ketika diminta mengulas tentang isu itu. Katanya, pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ismail Omar itu tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut. “Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan,” kata beliau. Sivarasa berkata, ketiga-tiga “Datuk T” seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya,” kata beliau. PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga “Datuk T” yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya,” kata Sivarasa. Bila melihat senario ini, jelas sekali seolah-olah apa yang didedahkan oleh Trio Datuk T itu adalah satu kosnpirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar sebenarnya. Malahan pula, pihak polis hanya akan mendakwa Trio Datuk T jika video itu palsu, sebaliknya jika ia tulen maka mereka tidak akan didapati bersalah atas mana-mana perlanggaran undang-undang negara. Maknanya mereka selamat walau pun jelas membuat tayangan video lucah tersbeut. Sesuatu yang amat aneh bila laporan polis dibuat oleh Anwar yang mendakwa pendedahan itu berniat jahat terhadapnya. Namun, polis memanggil Trio Datuk T untuk apa?. Soalnya sekarang, apakah untuk melengkapkan konspirasi ini. Paling penting kenapa polis tidak mahu mendedahkan identiti individu terbabit?.


KPN kata video tulen, tapi tunggu isyarat untuk dedahkan pelakonnya
[Apakah mereka mahu menyelamatkan Trio Datuk T dengan mengesahkan pelakon seks itu nanti bukannya Anwar pula. Ini semua boleh berlaku selepas segalanya terbongkar ! Kes ini samalah dengan apa yang berlaku kepada pendedakan buku "50 Dalil" diawal kejatuhan Anwar dari politik UMNO BN dulu dulu. Dalam kes itu segala pendedahan yang dilakukan telah disiasat polis, namun penerbit, pengedar, pencetak dan mereka yang terlibat dilindungi. Kini, adengan yang sama dapat kita saksikan. Maknanya politik kotor seperti ini masih terus diamalkan dan Ketua Polis Negara masih diperangkap untuk terlibat sama seperti dulu. Apakah kejadian yang menimpa Rahim Noor dan Musa Hassan masih belum cukup untuk menyedarkan mereka agaknya. Maka itu, rakyat perlu bersabar dan terus memberi sokongan padu untuk meneruskan perjuangan dan membawa perubahan dalam politik negara. Itu saja cara untuk mentarbiyah mereka supaya kembali ke jalan kebenaran suatu hati nanti].

 

0 comments:

Post a Comment