RSS

Wednesday, April 18, 2012

Skandal Menteri UMNO Dengan Pelakon Popular

Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu. Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj. “Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. “Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. “Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. “Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang. “Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. “Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. “Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik. “Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya. Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu. “Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,”

Friday, July 15, 2011

ANTARA CINCIN BERLIAN, GELANG, BEG TANGAN DAN ZIONIS...



Sebelah tangannya, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dalam beberapa siri bantuan agar ada sinar harapan buat mereka yang menjadi mangsa keganasan Zionis. Namun tangannya yang sebelah lagi membantu zionis menyembelih anak-anak Palestin apabila tangan itu dipenuhkan dengan cincin bertatahkan intan berlian yang dibeli dari sebuah syarikat barangan mewah yang pengasasnya berbangsa Yahudi.

Hipokrasi ini tidak akan disenyapkan begitu sahaja. Kita cukup mual melihat tangisan kesedihan Rosmah yang melambaikan tangan kepada para petugas kempen bantuan kemanusiaan ketika mereka berlepas ke Mesir sebelum memasuki Gaza melalui jalan laut. Rupa-rupanya, orang yang sama ini juga telah membantu kempen tidak berperi-kemanusiaan yang dilakukan zionis.

Bagaimana ini berlaku ?

Adalah tidak mustahil daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat Jacob & co termasuklah beberapa pembelian Rosmah yang berjuta RM nilainya, disalurkan untuk pembinaan sebuah negara haram bernama Israel. Untuk mendirikan sebuah negara haram Israel pula, terlebih dahulu sekatan demi sekatan telah dilakukan untuk melemahkan gerakan-gerakan pro-penubuhan Palestin dan tidak kurang juga anak-anak Palestin yang bangkit menentang yahudi dibunuh agar tiada kebangkitan dari kalangan empunya negara.

Persoalan dari mana datangnya dana untuk membeli barangan mewah puluhan juta ringgit adalah satu perkara, persoalan mengapa syarikat yahudi menjadi pilihan juga adalah satu perkara. Kedua-dua perkara ini harus dijawab oleh Rosmah kerana telah jelas namanya tertera dalam urusan sistem KDRM dan juga terdapat gambar Rosmah menggayakan dirinya dengan gelang emas putih rekaan Jacob & co yang menunjukkan Rosmah adalah pelanggan syarikat terbabit.

Untuk seorang isteri kepada Perdana Menteri, yang juga menjadi penaung kepada beberapa pertubuhan dan NGO, adalah tidak logik untuk Rosmah mengumpul duitnya dari segelinap kantong hanya untuk membeli cincin bernilai RM24 juta. Jika Rosmah sanggup menghabiskan wang sakunya RM24juta untuk hanya membeli sebentuk cincin, berapa pula yang sanggup dihabiskan oleh Rosmah dalam majlis perkahwinan anaknya kelak ?

Pagi tadi sekumpulan anak muda dari SAMM telah hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan rasmi mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai yang masuk melalui KLIA. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakkan dan mengemukakan hasilnya kepada tatapan umum kerana kes ini melibatkan isteri kepada Perdana Menteri.

Siasat Rosmah dari mana datangnya uwang yang berjuta itu. Adakah ia dari projek Permata, tidaklah diketahui. Yakin dan percaya ramai lagi pihak yang akan tampil ke hadapan untuk memastikan siasatan ke atas Rosmah tidak dibakul-sampahkan. SAMM juga akan bertidak dari semasa ke semasa jika pihak SPRM tidak menjalankan tugasnya.

Bayangkan sekiranya seorang kerani bank secara tiba-tiba memiliki BMW yang bernilai RM2juta yang mana gajinya hanya sekitar RM2ribu sebulan, sudah tentu kerani bank ini akan dikejarkan ke pejabat SPRM. Begitu jugalah dengan kisah isteri Perdana Menteri membeli cincin bukan sejuta harganya tetapi RM24juta. Sebelum ini juga dilaporkan nilai beg-beg tangan isteri Perdana Menteri ini mencecah ratusan ribu.

Tidak cukup dengan aksoseri sahaja yang merangkumi cincin berlian, gelang emas putih dan beg tangan mewah, Rosmah sebelum ini juga telah menginap di sebuah hotel termahal dalam dunia. Harga bilik hotel termahal itu untuk satu malam, bukan beli tetapi sewa, ialah melebihi RM100ribu. Itu belum termasuk harga bilik hotel bagi delegasi kehormat yang sentiasa mengikuti Rosmah melancong ke luar negara.

Isteri Perdana Menteri ini juga pernah menggemparkan negara apabila membangunkan sebuah jabatan yang diberi nama First Lady of Malaysia atau singkatannya FLOM. Jabatan FLOM adalah sebaris dengan beberapa jabatan penting yang berada di bawah JPM. Buat pertama kalinya seorang isteri perdana menteri bukan sahaja mempunyai pejabat, tetapi mempunyai Jabatan FLOMnya tersendiri. FLOM pernah didedahkan oleh Edyes sebelum nama bahagian tersebut telah dipadam dari diakses melalui laman rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Rosmah juga telah membazirkan wang negara apabila mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berlangsung di hotel paling terkemuka dalam negara iaitu Hotel Palace of The Golden Horses. Berpuluh juta juga dilapor telah dihabiskan oleh Rosmah dalam program yang menjemput wanita pertama dari kebanyakkan negara benua Afrika dan Oceania. Duit negara telah dibazirkan untuk memenuhi kehendak isteri Perdana Menteri dalam rangkanya menjamu isteri-isteri pemimpin negara yang lain.

Program Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini juga dikatakan satu pembaziran kerana adalah tidak wajar bagi seorang isteri Perdana Menteri mendakwa dirinya seorang First Lady, di dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan. Ini bermakna Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong sahaja yang berhak digelar Wanita Pertama Negara.

Justeru itu, dapat kita lihat dari banyak sudut yang menunjukkan negara hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan apabila banyak berlaku ketirisan terutamanya di kalangan pembesar negara hidup dengan begitu bermewah-mewahan tatkala rakyat bawahan semakin dijerut oleh cukai dan kenaikkan harga semua sektor perbelanjaan harian.

Bercerita tentang cukai, adakah anda sedar bahawa anda dicukai setiap kali makan di restoran makanan segera, anda dicukai ketika membayar bil astro, bil telifon dan dicukai dalam banyak perkara yang bisa dilakukan seharian. Tetapi cincin yang dibeli Rosmah ini, Gelang yang dimiliki Rosmah ini, tidak dicukai di atas dasar Perdana Menteri suatu ketika dahulu sewaktu pembentangan bajet. Aksoseris wanita termasuk pakaian dalam wanita akan bebas cukai, maka sekarang rakyat faham betapa Perdana Menteri telah tunduk kepada isterinya yang bermewah-mewahan.

Atas sebab-sebab ini, tidak hairanlah sekiranya ada yang mengelarnya sebagai Imelda Rosmah, merujuk kepada Imelda Marcos First Lady of Philiphine. Seorang isteri kepada Presiden Filipina ke-10 Ferdinand Marcos. Imelda Marcos terkenal dengan sejarah perbelanjaan mewahnya ketika rakyat Filipina yang lain sengsara. Negara kita juga mempunyai Imelde Marcos dalam pembikinan iaitu Imelda Rosmah.
Justeru itu, berbalik kepada perkara pokok iaitu bagaimana kedudukan kewangan Rosmah sehingga mampu membelanjakan RM24.5juta untuk sebentuk cincin. Kita menjemput Rosmah untuk menafikan pembelian cincin ini.

Dalam masa yang sama, kami rakyat yang bersimpati kepada dunia Palestin juga ingin tahu mengapa begitu tergamak seorang isteri Perdana Menteri sebuah negara Islam memilih untuk memberi keuntungan kepada sebuah syarikat kroni zionis ?

Cukuplah sekali kita mempunyai isteri Perdana Menteri yang sebegini. Cukuplah sekali...

Tuesday, July 5, 2011

Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!

unday, July 3, 2011

Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!

Sungguh melucukan apabila kami mendapat makluman terkini daripada blog sahabat MiloSuam, mengatakan pihak SPR begitu gusar dengan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau perihal penipuan nama pengundi berdaftar. Ternyata SPR terus mengamalkan amalan penipuan tersebut sejak sekian lama. Mereka sebenarnya sudah menjadi seperti Pengadil Sukan Gusti (foto) yang ternyata "double standard" dalam membuat keputusan. Anehnya, SPR tidak mahu mengaku kelemahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. Bagi mereka rakyat Malaysia harus terus ditipu dulu, kini dan selamanya. Tanpa pilihanraya yang adil dan saksama maka selagi itulah amalan ini akan dihalalkan oleh pihak SPR. Ia jelas membuktikan mereka adalah talibarut UMNO BN sejak sekian lama. Banyak bukti yang telah didedah dan dibongkarkan, namun mereka tetap memberi alasan untuk menunjukkan kononnya mereka itu berada di pihak yang benar. Sedangkan hakikatnya hanya rakyat yang cintakan keadilan sahaja yang mahukan perubahan dan membersihkan pilihanraya itu. bagi mereka yang mahu terus berkuasa dengan taktik kotor maka mereka akan takut melihat kebenaran. Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

SPR Halang Pelawat Akses Laman Web Rasminya

Menurut MiloSuam seperti yang dilaporkan di dalam blognya "Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]. Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal untuk diakses ", katanya. Beliau juga mendedahkan dia amat terkejut akibat laporan itu, tiba-tiba ia tidak boleh dilawati. "Web rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat paparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk semak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja sebabkan web ini tidak dapat diakses bagi mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, terbongkar kepada umum? [Suruhanjaya Pilihan Raya]", katanya.

[Apa yang didedahkan ini, mengesahkan lagi kepada kita bahawa memang wujudnya amalan yang tidak bersih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya. Mereka beriya-iya mahukan rakyat memberi bukti, apabila ia dibongkarkan maka mereka amat gusar dan takut hingga terpaksa menutup laman web yang berkenaan buat sementara waktu. Maka itu, apakah kita boleh percaya SPR itu berlaku adil dalam pilihanraya?. Bayangkan, SPR tidak wajar menutup capaian ke website mereka, kerana pada masa ini media massa begitu sibuk membuat promosi pendaftaran pemilih. Jika laman web rasmi pun tidak boleh untuk dilawati, maka apakah pengundi boleh menerima keputusan berat sebelah yang dibuat oleh SPR itu agaknya. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh teris diperbodohkan oleh SPR. Tapi bagi rakyat yang bijak, mereka tidak sama sekali mahu terus ditipu lagi. Maka itulah mereka mahu bangkit menyatakan bantahan dan menyuarakan peruabahan menerusi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Soalnya, kenapa SPR perlu takut pada Bersih?].

Panas: Terbongkar SPR Nyata Tipu Rakyat, Bukti Kukuh Adanya 88 Nama Sama Dalam Satu Alamat Berjaya Di Dedahkan Untuk Pengetahuan Semua!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak memberi helah dan alasan dangkal lagi untuk menhalalkan segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Malah, tindakan mereka menutup pintu rundingan dengan rakyat juga merupakan satu penghinaaan dan penganiayaan yang nyata bahawa SPR ternyata menjadi talibarut UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya. Sebagai "badan bebas" sepatutnya SPR berkecuali dan bersikap profesional dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Namun, rupa-rupanya mereka mahu terus biarkan pilihanraya itu kotor dan menjijikan. Mereka mahu teurs amalkan "sistem double standard" yang diamalkan selama ini. Rakyat bukan lagi bodoh dan boleh ditipu buat selamanya. Segala apa yang dibangkitkan oleh pimpinan Bersih 2.0 ada asasnya dan wajar dipertimbangkang oleh SPR jika mahu berlaku adil. Kenapa mereka harus takut dan ingin ikut telunjuk pemimpin UMNO sampai bila-bila?. Apakah dek kerana mereka mendapat habuan demi habuan duniawi yang akhirnya memaksa mereka tidak berlaku jujur kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT terhadap diri mereka?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Paling malang bila SPR mengatakan jika pilihanraya tidak bersih kenapa pembangkang boleh menang di lima buah negeri?. Inilah juga alasan yang digunakan oleh puak-puak UMNO mutakhir ini. Namun sedarkah mereka bahawa jika pilihanraya itu bersih maka bukan lima negeri yang tumbang, tetapi seluruh semenanjung Malaysia pasti sudah jatuh ke tangan pakatan rakyat !.

Bukti kukuh penipuan SPR yang cukup menggemparkan kita sebenarnya

Malahan juga, sudah pasti UMNO BN sudah terkubur dalam pilihanraya umum ke -12 yang lalu. Itu jawapan mudah berdasarkan kepada undi popular yang diraih oleh pakatan rakyat dalam pilihanraya umum 2008 itu sebenarnya. Inilah realiti yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN itu sekarang. Akhirnya SPR dijadikan alat untuk terus menipu rakyat. Memberi alasan kononnya mereka berlaku adil. Sedangkan hakikatnya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa teruknya badan bebas itu mengendalikan pilihanraya di negara ini. Bila ditegur mereka mahukan bukti, tetapi bila diberika bukti mereka menutup pula bukti. Akhirnya rakyat tertipu atas nama demokrasi amalan UMNO dulu kini dan selamanya. Justeru itulah kami paparkan satu bukti kukuh di atas mengenai penipuan yang dilakukan oleh SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mana mungkin begitu ramai nama pengundi boleh terdapat dan didaftarkan pada satu alamat?.

[Bukankah ini kerja-kerja jahat yang dilakukan SPR. Maka kenapa mereka mahu menipu rakyat kononnya mereka bertindak adil kepada semua pihak. Paparan ini diharap dapat menjadi kekuatan dan semangat untuk rakyat terus bangkit menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Bangun dan bangkitlah untuk mempertahankan amalan demokrasi sebenar dan bukannya permaintan politik pihak-pihak tertentu yang hanya mengimpikan kemenangan tetapi takut dengan kekalahan. Semoga rakyat akan turun beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Biar apa yang berlaku, kita mesti pertahankan hak-haka kita sebagai rakyat di negara berdaulat ini. UMNO BN begitu takut dengan bersih kerana mereka selesa mengamalkan taktik kotor dalam setiap kali pilihanraya. Inilah yang perlu diketahui oleh rakyat. Jangan biarkan kekotoran itu mencemari pilihanraya kita lagi. Penipuan diatas telah dibongkarkan oleh Blogger MiloSuam dalam blog beliau baru-baru ini].

Wednesday, June 1, 2011

Alahai Sangat Comeinya Makwe aku Tiz Zaqyah masa zaman Persekolahan

Gambar Tiz Zaqyah waktu sekolah.....


Kalau kita flash back semula zaman-zaman sekolah dulu mesti rasa kelakar sangat kannn. Apatah lagi bila tengok balik gambar-gambar kita dengan kawan-kawan. Rasa macam nak balik semula jer ke masa tur. Zaman tulah kita rasa apa tu kebahagiaan hidup. Otak tak hengat lain, yang tau enjoy saje. Muka semua beringus lagi tapi nak kerut macam gengster!. Ingat 'terer' sangat, sekali kena lempang nangis...haha.

Zaman tu memang nakal tak hengat, kalau tidak nakal tu bukan budak lah kan namanya. Walaupun tak semaju sekarang tapi zaman tu JenTik rasa jauh lebih happening dari suasana budak-budak sekarang!...Paling syok aktiviti JenTik masa tu ialah 'godak sungai'. Cakap mak nak pegi ngaji, tapi balik-balik kantoi mata merah!...zassss sekali!.

Banyak lagi lah aktiviti yang menyeronokkan waktu tu. Memang tak reti diam. Ada saje benda nak di buat nya. Tapi sekarang dah lain sangat. Tengok mak dengan ayah pun dah tua. Kalau mereka takde masa tu tak tau lah kita jadi apa. Terima kasih kat mereka sebab buat kita semua hidup. Kawan-kawan pun semua sekarang dah berjaya, ada yang doktor, cikgu dan macam-macam lagilah. Yang menonggeng sekarang pun ada akibat tak dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Oklah, cite pasal kenangan nie seminggu pun tak abis. Bila sesekali cuti terutamanya raya baru jumpa kawan-kawan lama then share balik kenangan-kenangan tue suma. Memang ketawa sampai berguling lah ingat perkara 'bodo' yang kita buat dulu.

Laaa nie kita bagi Tiz Zaqyah pulak tengok dia punya pic masa sekolah dulu. Tak tau lah apa dia fikir bila imbau balik gambar-gambar nie. Mesti dia pun banyak benda nak share bila tengok gambar nie. Sooo, enjoy the pic! .





Sunday, May 29, 2011

Darah Tinggi! .. Hati hati terhadap penyakit yang boleh membunuh secara senyap!

Punca hipertensi tidak diketahui

JAGA KESIHATAN...ramai yang tahu tekanan darah mereka dan bahaya hipertensi tetapi masih buat tidak endah.
JAGA KESIHATAN...ramai yang tahu tekanan darah mereka dan bahaya hipertensi tetapi masih buat tidak endah.
RISIKO...gaya hidup moden, kurang aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan membuatkan ramai berpeluang mendapat hipertensi termasuk remaja.
RISIKO...gaya hidup moden, kurang aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan membuatkan ramai berpeluang mendapat hipertensi termasuk remaja.
HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi adalah antara masalah kesihatan yang sentiasa menunggu peluang untuk bersarang dalam badan kita.
Walaupun risikonya meningkat dengan pertambahan usia, tetapi ia juga boleh berlaku pada orang muda, termasuk remaja.
Berdasarkan maklumat daripada laman web Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), wanita muda di bawah 50 tahun lebih ‘terlindung’ daripada mengalami hipertensi berbanding lelaki.

Namun, ia bukan bermakna wanita muda boleh bersenang hati kerana hipertensi boleh berlaku kepada sesiapa saja dan bukan sedikit wanita berumur di bawah 50 tahun yang terpaksa ‘berpantang’ akibat masalah ini.


Perkara ini diakui Presidennya, Prof Dr Sim Kui Hian, tetapi katanya, lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan kesahihannya.

Ini kerana pada awalnya, pakar berpendapat ia disebabkan masalah organik (berkaitan dengan badan), tetapi kini ada kajian mendapati faktor psikososial mungkin menyumbang kepada fenomena lebih ramai lelaki muda mendapat hipertensi.

Selain itu gaya hidup moden, kurang aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan membuatkan remaja juga berpeluang mendapat hipertensi. Jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi jika gaya hidup tidak berubah, tidak mustahil untuk mereka masuk dalam senarai pesakit pada awal usia 30-an.

Hampir 90 peratus kes tekanan darah tinggi tidak diketahui puncanya. Namun ada beberapa faktor risiko yang boleh mendekatkan seseorang kepada penyakit ini iaitu:

  • Umur - Semua orang boleh mengalami hipertensi, tetapi ia lebih kerap berlaku pada golongan tua berumur 50 tahun ke atas.

  • Keturunan - Walaupun ia bukan penyakit keturunan tetapi jika kedua-dua ibu bapa mengalami tekanan darah tinggi, anak mempunyai risiko sebanyak 50 peratus untuk mendapat masalah yang sama.

  • Jantina - Masalah ini lebih banyak dialami lelaki dan selepas berumur 50 tahun, perempuan mempunyai risiko yang sama dengan lelaki untuk mendapat hipertensi. Tetapi ada kajian mendapati selepas berumur 55 tahun pesakit hipertensi wanita lebih ramai.

  • Berat badan - Tekanan darah tinggi lebih kerap dialami individu yang gemuk dan pengurangan berat badan boleh menurunkan tekanan darah.

  • Pengambilan garam berlebihan - Sebenarnya garam mempunyai peranan yang sangat penting dalam kawalan tekanan darah, tetapi berlebihan garam boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

    Bagi individu yang mempunyai kecenderungan mendapat tekanan darah tinggi, keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka makan makanan masin.

  • Tekanan - walaupun sehingga kini tiada bukti tetapi sesetengah kajian perubatan mendapati kaitan antara sesetengah tekanan dengan hipertensi.

  • Faktor lain seperti kurang aktiviti fizikal, merokok, menghidap kencing manis dan minum minuman beralkohol berlebihan.

    Namun masalah besar yang dihadapi pakar perubatan ialah tidak ramai pesakit tahu mereka ada masalah hipertensi kerana ia tidak menunjukkan gejala walaupun tekanan darah meningkat tinggi.

    Pun begitu, ada sesetengah orang mengalami gejala ringan seperti pening lalat, sakit kepala atau hidung berdarah. Bagaimanapun jika anda mengalami gejala ini, tidak semestinya ia disebabkan oleh hipertensi.

    Justeru, luangkan masa untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah kerana tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan salur darah
    ke jantung, penyempitan salur darah, strok, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang jika ia dibiarkan berlarutan tanpa rawatan.

    Sempena sambutan Hari Hipertensi Sedunia pada setiap 17 Mei, dengan tema Ketahui Angka Anda dan Beri Perhatian Pada Tekanan Darah, Dr Sim menasihatkan supaya kita memberi lebih perhatian kepada kesihatan dengan sekurang-kurangnya mengetahui tekanan darah masing-masing.

    “Saya rasa ramai orang tahu tekanan darah mereka. Malah mereka juga tahu bahaya hipertensi, tetapi masih ramai yang buat tidak endah kerana menganggap ada ubat untuk merawat masalah mereka.

    “Sikap ini sebenarnya sangat berbahaya kerana kita tidak tahu berapa lama mereka sudah mengalami hipertensi. Oleh kerana kerosakan organ yang disebabkan hipertensi berlaku secara perlahan-lahan maka kita tidak tahu bahaya yang menunggu.

    “Memang ada ubat untuk hipertensi tetapi bukan semua pesakit patuh kepada jadual pengambilan ubat. Kebanyakan pesakit berhenti mengambil ubat apabila merasakan keadaan mereka bertambah baik atau menganggap sudah sembuh daripada hipertensi sedangkan ubat perlu diambil sepanjang hayat,” katanya.

    Pada masa sama, wanita yang memegang peranan sebagai ‘menteri kesihatan’ juga perlu memberi perhatian kepada tekanan darah seisi keluarga, khususnya jika sejarah hipertensi sama ada ibu bapanya sendiri atau suami.

    “Meskipun risiko untuk mendapat hipertensi di kalangan individu yang ada sejarah keluarga ini lebih tinggi, tetapi masih ada banyak cara boleh dilakukan untuk mencegahnya. Caranya ialah jaga berat badan (dengan menjaga makan dan kerap bersenam), kurangkan pengambilan garam, berhenti merokok dan selalu jalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

    Tekanan darah yang normal ialah kurang daripada 120/80 mmHg. Anda dikategorikan mempunyai hipertensi jika tekanan darah melebihi 140/90 mmHg. Di seluruh dunia dianggarkan tujuh juta orang meninggal dan 1.5 bilion menderita akibat hipertensi. Jadi, janganlah kita menambah kepada jumlah yang sudah cukup banyak ini.

    Kini alat pengukur tekanan darah ada dijual di farmasi dan ia membolehkan kita mengukur sendiri tekanan darah di rumah. Antara panduan untuk mengukur tekanan darah ialah:

    Pastikan gelung dilekatkan dengan baik pada lengan. Pilih alat yang mengukur tekanan darah di lengan kerana ia lebih tepat.

  • Bertenang ketika ukuran tekanan darah diambil.

  • Jangan minum minuman mengandungi kafein atau bersenam dalam masa 30 minit sebelum mengukur tekanan darah.

  • Duduk bersandar di atas kerusi, jangan silang kaki atau tangan kerana ia akan mempengaruhi tekanan darah.

  • Ambil beberapa bacaan dengan jarak masa seminit bagi setiap bacaan. Ini untuk mendapat bacaan yang lebih tepat.

  • Ukur tekanan darah pada masa yang sama setiap kali. Ini kerana tekanan darah kita turun naik dalam masa sehari dan biasanya ia tinggi pada waktu pagi selepas bangun tidur.

  • Rekodkan semua bacaan dan bawa rekod ini berjumpa doktor apabila diperlukan.

  • Wednesday, May 4, 2011

    Kita siasat si Bebal khianat dan Jahat WAK A-G..

    Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G

    May 05, 2011
    KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.
    Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”
    “Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.
    “Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri,” kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.
    Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
    “... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.
    “Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat,” katanya lagi.
    Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.
    Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.
    Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.
    “Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet',” katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.
    Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.
    “Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.
    “Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang,” katanya.
    Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.
    “Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.
    “Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian,” katanya lagi.
    Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.
    Katanya, “sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali.”

    Wajah sebenar pencacai UMNO...

    Gempar: Sumpah Laknat Datuk Eskay Di Ragui Dan Tidak Boleh Untuk Dipercayai, Kerana KeIslaman Diri Beliau Sendiri Kini Di Pertikaikan !

    Artikel ini dipetik dari blog sahabat MiloSuam yang banyak mendedahkan perihal video seks mutakhir ini. Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini? Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini. Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau. Soalnya sekarang siapakah Eskay?

    1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan abang, akak, serta seorang adik. Nama abangnya ialah Chandran.

    2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

    3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

    4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa diminumnya.

    5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama Setiausaha Peribadinya itu.

    6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini

    7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sg.Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.

    [Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya... ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..." PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan. Pendedahan ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Banyak lagi info berkaitan sila ke klik di SINI]

    Panas: Wajah Sebenar Anak Mantan ADUN Serta Exco Pahang Yang Menyertai Pertandingan Ratu Cantik Nyah "Miss Malaysia 2010" Di Dedahkan !!

    KUANTAN, 5 Mei - Susulan pendedahan yang telah kami buat berhubung ada anak mantan ADUN serta Exco Pahang yang terlibat dengan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" baru-baru ini, maka ramai pihak yang meluahkan perasaan terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku. Ramai diantara mereka yang lansung tidak tahu menahu insiden itu, memandangkan tiada kain rentang promosi yang dibuat oleh pihak penganjur. Selepas lokasi sebenar kejadian iaitu di Hotel Vistana Kuantan dikenal pasti, maka isu lebih menggemparkan telah berjaya dibongkarkan. Seperti yang dijanjikan, berikutan tiada langsung kenyataan daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang atau pihak berkuasa agama tentang perkara ini maka kami terpaksa juga memndedahkan tentang keterlibatan seorang anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Exco Kerajaan Negeri Pahang dalam acara tersebut. Pada awalnya perkara itu tidak dapat disahkan, namun selepas segala dokumen berkaitan berjaya dikumpul maka memang sah anak pemimpin UMNO Pahang terlibat dengan acara yang sungguh memalukan itu. Sudahlah ia diadakan di sebuah hotel yang mana Kerajaan Negeri Pahang mempunyai kepentingan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Rupa-rupanya, ia disemarakkan lagi dengan sokongan oleh pihak berkenaan. Soalnya sekarang, siapakah anak bekas exco terbabit?. Maka itu untuk kali ini cukuplah kami keluarkan bukti bahawa beliau sememangnya seorang lelaki suatu ketika dulu. Namun, kini sudah bertukar imej dan penampilan menjadi seperti wanita. Bahkah kami berjaya mengumpul berbagai bahan bukti untuk mengaitkan beliau dengan aktiviti ini. Difahamkan beliau kini sudah menetap dan bekerja di Kuala Lumpur dan tidak lagi tinggal bersama keluarganya di negeri Pahang ini. Nantikan pendedahan seterusnya !


    [Soalnya kenapa exco berkenaan membiarkan perkara ini berlaku, malah tergamak membenarkan anaknya menyertai pertandingan yang jelas bertentangan dengan agama itu?. Bukankah dia beragama Islam dan sudah semestinya memahami apa yang dilakukan itu salah dan jelas melanggar hukum Allah. Siasatan kami mendapati anak bekas exco berkenaan berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut dan dikenali sebagai Areesya Iskandar (foto). Kami akan bongkarkan dalam laporan eksklusif seterusnya tentang siapakah exco terbabit selepas ini. Apa yang jelas dapat dilihat disini ialah, patutlah pertandingan itu berjaya di adakan di Pahang. Ini kerana keterlibatan seorang anak bekas exco dan pemimpin UMNO negeri dalam acara terbabit. Bukankan ini jelas membuktikan bahawa mereka sengaja mahu menyuburkan aktiviti maksiat yang jelas sekali bertentangan dengan norma-norma Islam itu sendiri sebenarnya. Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk memalukan sesiapa, namun ia lebih kepada satu pengajaran agar pihak terbabit tidak sewenang-wenangnya membawa acara seperti ini ke bumi Pahang. Diharapkan pihak berkuasa agama dapat membuat siasatan terhadap pendedahan panas kami ini demi maruah agama Islam itu sendiri].

    Wednesday, May 4, 2011

    Panas: Kenyataan Terkini 'Datuk Eskay' Sungguh Meragukan Serta 'Berbelit-Belit', Apakah Dia Kini Sudah Mula Termakan Sumpah Laknat Agaknya !

    Apa sudah jadi dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) agaknya. Tiba-tiba pula hari ini dia mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin dan penyokong pembangkang agar tidak gusar dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh beliau Beliau berkata, ini kerana sumpah laknat itu dibuat supaya Allah melaknat diri mereka iaitu trio Datuk T dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, jawapan kepada tuduhan zina atau qazaf yang diminta oleh penyokong Anwar berikutan kes itu tidak perlu dilakukan kerana dia tidak menuduh pemimpin pembangkang itu berzina. Sebaliknya, Shazryl Eskay meminta rakyat menilai sendiri siapa pelaku seks dalam video itu dan moral pelaku tersebut. Kenapa beliau jadi begini?. Apakah Eskay sudah "termakan sumpah" agaknya?. Masih kita ingat Eskay bersumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".


    [Maknanya, dalam akuan sumpah laknatnya itu dia begitu yakin yang pelaku dalam video yang digembar-gemburkan itu adalah Anwar Ibrahim. Anehnya Eskay juga mengaku dia adalah orang ketiga dalam pita video berkenaan namun dia menafikan membekal wanita didalam video terbabit. "Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia. Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya. Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Nampak benar skrip "video seks" semakin tidak menjadi atau mungkin juga ia sudah memakan diri beliau agaknya].