RSS

Butik Pakaian Muslimah Online

SweetMuslimah.com

Friday, July 15, 2011

ANTARA CINCIN BERLIAN, GELANG, BEG TANGAN DAN ZIONIS...



Sebelah tangannya, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dalam beberapa siri bantuan agar ada sinar harapan buat mereka yang menjadi mangsa keganasan Zionis. Namun tangannya yang sebelah lagi membantu zionis menyembelih anak-anak Palestin apabila tangan itu dipenuhkan dengan cincin bertatahkan intan berlian yang dibeli dari sebuah syarikat barangan mewah yang pengasasnya berbangsa Yahudi.

Hipokrasi ini tidak akan disenyapkan begitu sahaja. Kita cukup mual melihat tangisan kesedihan Rosmah yang melambaikan tangan kepada para petugas kempen bantuan kemanusiaan ketika mereka berlepas ke Mesir sebelum memasuki Gaza melalui jalan laut. Rupa-rupanya, orang yang sama ini juga telah membantu kempen tidak berperi-kemanusiaan yang dilakukan zionis.

Bagaimana ini berlaku ?

Adalah tidak mustahil daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat Jacob & co termasuklah beberapa pembelian Rosmah yang berjuta RM nilainya, disalurkan untuk pembinaan sebuah negara haram bernama Israel. Untuk mendirikan sebuah negara haram Israel pula, terlebih dahulu sekatan demi sekatan telah dilakukan untuk melemahkan gerakan-gerakan pro-penubuhan Palestin dan tidak kurang juga anak-anak Palestin yang bangkit menentang yahudi dibunuh agar tiada kebangkitan dari kalangan empunya negara.

Persoalan dari mana datangnya dana untuk membeli barangan mewah puluhan juta ringgit adalah satu perkara, persoalan mengapa syarikat yahudi menjadi pilihan juga adalah satu perkara. Kedua-dua perkara ini harus dijawab oleh Rosmah kerana telah jelas namanya tertera dalam urusan sistem KDRM dan juga terdapat gambar Rosmah menggayakan dirinya dengan gelang emas putih rekaan Jacob & co yang menunjukkan Rosmah adalah pelanggan syarikat terbabit.

Untuk seorang isteri kepada Perdana Menteri, yang juga menjadi penaung kepada beberapa pertubuhan dan NGO, adalah tidak logik untuk Rosmah mengumpul duitnya dari segelinap kantong hanya untuk membeli cincin bernilai RM24 juta. Jika Rosmah sanggup menghabiskan wang sakunya RM24juta untuk hanya membeli sebentuk cincin, berapa pula yang sanggup dihabiskan oleh Rosmah dalam majlis perkahwinan anaknya kelak ?

Pagi tadi sekumpulan anak muda dari SAMM telah hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan rasmi mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai yang masuk melalui KLIA. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakkan dan mengemukakan hasilnya kepada tatapan umum kerana kes ini melibatkan isteri kepada Perdana Menteri.

Siasat Rosmah dari mana datangnya uwang yang berjuta itu. Adakah ia dari projek Permata, tidaklah diketahui. Yakin dan percaya ramai lagi pihak yang akan tampil ke hadapan untuk memastikan siasatan ke atas Rosmah tidak dibakul-sampahkan. SAMM juga akan bertidak dari semasa ke semasa jika pihak SPRM tidak menjalankan tugasnya.

Bayangkan sekiranya seorang kerani bank secara tiba-tiba memiliki BMW yang bernilai RM2juta yang mana gajinya hanya sekitar RM2ribu sebulan, sudah tentu kerani bank ini akan dikejarkan ke pejabat SPRM. Begitu jugalah dengan kisah isteri Perdana Menteri membeli cincin bukan sejuta harganya tetapi RM24juta. Sebelum ini juga dilaporkan nilai beg-beg tangan isteri Perdana Menteri ini mencecah ratusan ribu.

Tidak cukup dengan aksoseri sahaja yang merangkumi cincin berlian, gelang emas putih dan beg tangan mewah, Rosmah sebelum ini juga telah menginap di sebuah hotel termahal dalam dunia. Harga bilik hotel termahal itu untuk satu malam, bukan beli tetapi sewa, ialah melebihi RM100ribu. Itu belum termasuk harga bilik hotel bagi delegasi kehormat yang sentiasa mengikuti Rosmah melancong ke luar negara.

Isteri Perdana Menteri ini juga pernah menggemparkan negara apabila membangunkan sebuah jabatan yang diberi nama First Lady of Malaysia atau singkatannya FLOM. Jabatan FLOM adalah sebaris dengan beberapa jabatan penting yang berada di bawah JPM. Buat pertama kalinya seorang isteri perdana menteri bukan sahaja mempunyai pejabat, tetapi mempunyai Jabatan FLOMnya tersendiri. FLOM pernah didedahkan oleh Edyes sebelum nama bahagian tersebut telah dipadam dari diakses melalui laman rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Rosmah juga telah membazirkan wang negara apabila mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berlangsung di hotel paling terkemuka dalam negara iaitu Hotel Palace of The Golden Horses. Berpuluh juta juga dilapor telah dihabiskan oleh Rosmah dalam program yang menjemput wanita pertama dari kebanyakkan negara benua Afrika dan Oceania. Duit negara telah dibazirkan untuk memenuhi kehendak isteri Perdana Menteri dalam rangkanya menjamu isteri-isteri pemimpin negara yang lain.

Program Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini juga dikatakan satu pembaziran kerana adalah tidak wajar bagi seorang isteri Perdana Menteri mendakwa dirinya seorang First Lady, di dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan. Ini bermakna Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong sahaja yang berhak digelar Wanita Pertama Negara.

Justeru itu, dapat kita lihat dari banyak sudut yang menunjukkan negara hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan apabila banyak berlaku ketirisan terutamanya di kalangan pembesar negara hidup dengan begitu bermewah-mewahan tatkala rakyat bawahan semakin dijerut oleh cukai dan kenaikkan harga semua sektor perbelanjaan harian.

Bercerita tentang cukai, adakah anda sedar bahawa anda dicukai setiap kali makan di restoran makanan segera, anda dicukai ketika membayar bil astro, bil telifon dan dicukai dalam banyak perkara yang bisa dilakukan seharian. Tetapi cincin yang dibeli Rosmah ini, Gelang yang dimiliki Rosmah ini, tidak dicukai di atas dasar Perdana Menteri suatu ketika dahulu sewaktu pembentangan bajet. Aksoseris wanita termasuk pakaian dalam wanita akan bebas cukai, maka sekarang rakyat faham betapa Perdana Menteri telah tunduk kepada isterinya yang bermewah-mewahan.

Atas sebab-sebab ini, tidak hairanlah sekiranya ada yang mengelarnya sebagai Imelda Rosmah, merujuk kepada Imelda Marcos First Lady of Philiphine. Seorang isteri kepada Presiden Filipina ke-10 Ferdinand Marcos. Imelda Marcos terkenal dengan sejarah perbelanjaan mewahnya ketika rakyat Filipina yang lain sengsara. Negara kita juga mempunyai Imelde Marcos dalam pembikinan iaitu Imelda Rosmah.
Justeru itu, berbalik kepada perkara pokok iaitu bagaimana kedudukan kewangan Rosmah sehingga mampu membelanjakan RM24.5juta untuk sebentuk cincin. Kita menjemput Rosmah untuk menafikan pembelian cincin ini.

Dalam masa yang sama, kami rakyat yang bersimpati kepada dunia Palestin juga ingin tahu mengapa begitu tergamak seorang isteri Perdana Menteri sebuah negara Islam memilih untuk memberi keuntungan kepada sebuah syarikat kroni zionis ?

Cukuplah sekali kita mempunyai isteri Perdana Menteri yang sebegini. Cukuplah sekali...

Tuesday, July 5, 2011

Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!

unday, July 3, 2011

Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!

Sungguh melucukan apabila kami mendapat makluman terkini daripada blog sahabat MiloSuam, mengatakan pihak SPR begitu gusar dengan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau perihal penipuan nama pengundi berdaftar. Ternyata SPR terus mengamalkan amalan penipuan tersebut sejak sekian lama. Mereka sebenarnya sudah menjadi seperti Pengadil Sukan Gusti (foto) yang ternyata "double standard" dalam membuat keputusan. Anehnya, SPR tidak mahu mengaku kelemahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. Bagi mereka rakyat Malaysia harus terus ditipu dulu, kini dan selamanya. Tanpa pilihanraya yang adil dan saksama maka selagi itulah amalan ini akan dihalalkan oleh pihak SPR. Ia jelas membuktikan mereka adalah talibarut UMNO BN sejak sekian lama. Banyak bukti yang telah didedah dan dibongkarkan, namun mereka tetap memberi alasan untuk menunjukkan kononnya mereka itu berada di pihak yang benar. Sedangkan hakikatnya hanya rakyat yang cintakan keadilan sahaja yang mahukan perubahan dan membersihkan pilihanraya itu. bagi mereka yang mahu terus berkuasa dengan taktik kotor maka mereka akan takut melihat kebenaran. Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

SPR Halang Pelawat Akses Laman Web Rasminya

Menurut MiloSuam seperti yang dilaporkan di dalam blognya "Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]. Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal untuk diakses ", katanya. Beliau juga mendedahkan dia amat terkejut akibat laporan itu, tiba-tiba ia tidak boleh dilawati. "Web rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat paparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk semak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja sebabkan web ini tidak dapat diakses bagi mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, terbongkar kepada umum? [Suruhanjaya Pilihan Raya]", katanya.

[Apa yang didedahkan ini, mengesahkan lagi kepada kita bahawa memang wujudnya amalan yang tidak bersih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya. Mereka beriya-iya mahukan rakyat memberi bukti, apabila ia dibongkarkan maka mereka amat gusar dan takut hingga terpaksa menutup laman web yang berkenaan buat sementara waktu. Maka itu, apakah kita boleh percaya SPR itu berlaku adil dalam pilihanraya?. Bayangkan, SPR tidak wajar menutup capaian ke website mereka, kerana pada masa ini media massa begitu sibuk membuat promosi pendaftaran pemilih. Jika laman web rasmi pun tidak boleh untuk dilawati, maka apakah pengundi boleh menerima keputusan berat sebelah yang dibuat oleh SPR itu agaknya. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh teris diperbodohkan oleh SPR. Tapi bagi rakyat yang bijak, mereka tidak sama sekali mahu terus ditipu lagi. Maka itulah mereka mahu bangkit menyatakan bantahan dan menyuarakan peruabahan menerusi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Soalnya, kenapa SPR perlu takut pada Bersih?].

Panas: Terbongkar SPR Nyata Tipu Rakyat, Bukti Kukuh Adanya 88 Nama Sama Dalam Satu Alamat Berjaya Di Dedahkan Untuk Pengetahuan Semua!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak memberi helah dan alasan dangkal lagi untuk menhalalkan segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Malah, tindakan mereka menutup pintu rundingan dengan rakyat juga merupakan satu penghinaaan dan penganiayaan yang nyata bahawa SPR ternyata menjadi talibarut UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya. Sebagai "badan bebas" sepatutnya SPR berkecuali dan bersikap profesional dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Namun, rupa-rupanya mereka mahu terus biarkan pilihanraya itu kotor dan menjijikan. Mereka mahu teurs amalkan "sistem double standard" yang diamalkan selama ini. Rakyat bukan lagi bodoh dan boleh ditipu buat selamanya. Segala apa yang dibangkitkan oleh pimpinan Bersih 2.0 ada asasnya dan wajar dipertimbangkang oleh SPR jika mahu berlaku adil. Kenapa mereka harus takut dan ingin ikut telunjuk pemimpin UMNO sampai bila-bila?. Apakah dek kerana mereka mendapat habuan demi habuan duniawi yang akhirnya memaksa mereka tidak berlaku jujur kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT terhadap diri mereka?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Paling malang bila SPR mengatakan jika pilihanraya tidak bersih kenapa pembangkang boleh menang di lima buah negeri?. Inilah juga alasan yang digunakan oleh puak-puak UMNO mutakhir ini. Namun sedarkah mereka bahawa jika pilihanraya itu bersih maka bukan lima negeri yang tumbang, tetapi seluruh semenanjung Malaysia pasti sudah jatuh ke tangan pakatan rakyat !.

Bukti kukuh penipuan SPR yang cukup menggemparkan kita sebenarnya

Malahan juga, sudah pasti UMNO BN sudah terkubur dalam pilihanraya umum ke -12 yang lalu. Itu jawapan mudah berdasarkan kepada undi popular yang diraih oleh pakatan rakyat dalam pilihanraya umum 2008 itu sebenarnya. Inilah realiti yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN itu sekarang. Akhirnya SPR dijadikan alat untuk terus menipu rakyat. Memberi alasan kononnya mereka berlaku adil. Sedangkan hakikatnya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa teruknya badan bebas itu mengendalikan pilihanraya di negara ini. Bila ditegur mereka mahukan bukti, tetapi bila diberika bukti mereka menutup pula bukti. Akhirnya rakyat tertipu atas nama demokrasi amalan UMNO dulu kini dan selamanya. Justeru itulah kami paparkan satu bukti kukuh di atas mengenai penipuan yang dilakukan oleh SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mana mungkin begitu ramai nama pengundi boleh terdapat dan didaftarkan pada satu alamat?.

[Bukankah ini kerja-kerja jahat yang dilakukan SPR. Maka kenapa mereka mahu menipu rakyat kononnya mereka bertindak adil kepada semua pihak. Paparan ini diharap dapat menjadi kekuatan dan semangat untuk rakyat terus bangkit menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Bangun dan bangkitlah untuk mempertahankan amalan demokrasi sebenar dan bukannya permaintan politik pihak-pihak tertentu yang hanya mengimpikan kemenangan tetapi takut dengan kekalahan. Semoga rakyat akan turun beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Biar apa yang berlaku, kita mesti pertahankan hak-haka kita sebagai rakyat di negara berdaulat ini. UMNO BN begitu takut dengan bersih kerana mereka selesa mengamalkan taktik kotor dalam setiap kali pilihanraya. Inilah yang perlu diketahui oleh rakyat. Jangan biarkan kekotoran itu mencemari pilihanraya kita lagi. Penipuan diatas telah dibongkarkan oleh Blogger MiloSuam dalam blog beliau baru-baru ini].