RSS

Butik Pakaian Muslimah Online

SweetMuslimah.com

Thursday, April 28, 2011

Komen bukan Islam membuatkan kita terkesima!!!

Kunasekaran Krishnan · Universiti Malaya
jangan suka-suka menggunakan agama untuk membuktikan kebenaran dan kepentingan diri. sebelum seorang itu mendesak orang lain bersumpah dengan atas nama agama, orang itu perlu membuktikan bahawa dalam sepanjang kehidupannya bagaimana kehidupan sehariannya diamalkan adakah orang berpegang pada agama dan bersandarkan nilai-nilai murni agama itu?
  • Zamhariri Ismail · Multimedia University
    terkesima bila komen macam ni datang dari bukan islam (kan?). so true, kalau kehidupan pun tak berlandaskan agama mmg takkan rasa apa2 pun bila bersumpah atas nama agama! tuhan juga lah yang akan membalas nya, wallahualam~
  • Hamdi Najdi · MPR
    Muka tak malu. MUdah mudahan akan terbukti kebenaran semasa angkat sumpah laknat yang dipermain-mainkan. Biar dia tahu ada kuasa lain yang lebiih berkuasa daripada dia.
  • Allias Abdullah · Universiti Sains Malaysia
    jangan bimbang n takut apa yg kita buat sebab Allah (bg islam) maha mengetahui segalanya...kalau kat dunia xdapat dilihat di akhirat esok semua akan terpampang dengan jelasnya....

Mufti Islam Membisu, Gareja pula yang perihatin!

Mana ulamak ulamak kita JAKIM dll....ni paderi yang tegur...Islam agama rasmi tapi ulamak tak bercakap pun..

Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3. Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu “penghinaan tidak dapat dimaafkan.” Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur. “Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini,” kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor. “Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. “Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius. “Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak” dia menambah. Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum “melahirkan lebih banyak kejahatan.” “Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini. “Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius,” dia mengingatkan. Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas. Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Tuesday, April 26, 2011

Ekonomi Malaysia , Antara komen-komen yang bernas.

Kerajaan mana tahu ekonomi?
Rasuah pandai lah.
Bawa duit keluar cukup pandai.
Shopping di Paris , Beli Kapal selam tak menyelam lagi pandai.
Tolong Kroni merompak hartanah negara,
Kata itu DEB,...kah kah kah.

PR (Price Reduced)..BN (Barang Naik)...Rakyat Msia ni pandai buat bising je bila barang naik & hidup susah tapi bila tiba PRU13..pangkah jugak BN...biar salah pilih isteri tp jangan salah pilih parti..merana anak cucu!

Negara kita hari ini berbangga kerana telah melahirkan ramai insan terpelajar.Tapi apa yang menyedihkan kita mereka ini semua pula diajar menipu rakyat sesama bangsa dan agama apabila mereka ini dipilih menjadi pemimpin.

BUKA MATA TEPUK LAH DADA.Apabila harga barangan naik melambung rakyat menyalahkan pemimpin.Sebenarnya diri sendiri harus dipersalahkan kerana bertahtanya pemimpin adalah ditangan kita sendiri yang mencontengnya.Beringat lah :Siapa saudara kamu? Apakah ugama mu? Siapa ikutan mu ?


Nilai RM lebeh baik bebanding USD..so..aper terjemahannya pd rakyat cam aku...harga ayam, petrol, beras turun ker...tarif air/letrik/toll plak..atau harga hp/galaxy tab turun 50%..atau keta import makin turun harga 70% ker....so..aper impactnyerrr...ceciter...

minggu lepas aku tempah Levi 501 darirakan aku di LA hanya berharga RM88 sahaja atau USD 30 sahaja.. Tetapi semalam aku ke Pertama tengok harga Levi yang aku beli tu harganya RM290 huhuhuhu
berapa cerdiknya peniaga peniaga kita pusingkan harga kononnya harga Seluar ini standar di seluruh Dunia mengikuit tukaran dengan matawang negara masing2.. huhuhu

BN tak mampu atasi inflasi... Nak kaburkan rakyat..reka cerita liwat, video seks dll... supaya rakyat lupa dan leka dengan realiti persekitaran. Dulu rakyat dilekakan penjajah dengan cerita penglipur lara.. Sekarang UMNO pula lekakan rakyat dengan versi mereka.. Mana ada menteri BN berani bercakap benar tentang keadaan ekonomi negara sebenarnya bersandarkan fakta.. tetapi bercakap temberang tanpa fakta..

 RASUAH, JENAYAH berleluasa, SEX BEBAS, PELACURAN, Penganguran, Sekolah Hamil ditubuhkan di Melaka, JUDI, Perebutan kuasa dikalangan Ahli (termasuk di kawasan saya DUN LUI Negeri Sembilan)..INIlah yg di perjuangkan oleh UMNO atasan..mereka FAIL dlm ekonomi..hasilnya rakyat yang sengsara..buka lah MATA, bukalah MINDA, utama rakyat wahai RAKAN2 ku..jadilah pemimpin yang berjiwa rakyat lagi bersih..

zaman ekonomi gawat yg jadi raja adalah org yg byk cash in hand.bukan yg banyak hutang..malangnya, kebanyakan rakyat kita semua mmg masih dalam kepompong hutang.kalau inflasi dah naik sampai 15% kadar faedah bank, terutama BLR akan melonjak 3-5 kali ganda..macamana nak mencapai Wawasan 2020? ini kerana Wawasan 2020 tu hanya akan tercapai kalau pencapaian ekonomi negara Malaysia pada tahap minimum 7% setiap tahun bermula tahun 1990..tapi dengan tahap inflasi yg semkn teruk, entah jadi wawasan tahun apa pula nanti..ini ke kejayaan ETP, NKRA, NKEA?

SEMUA ORG JANGAN BIMBANG SEMUA KEKURANGAN N KEKUSUTAN EKONOMI DIBAWAH DAPAT DICOVER DGN WANG PETRONAS, WANG PETRONAS BANYAK! YANG PENTING UTK COVER KELEMAHAN PENTADBIRAN BN, SEMUA WANG ITU BUKAN BAPAK BN YANG PUNYE....ITU SEMUA WANG RAKYAT! 1PATUTKAH RAKYAT PERLU COVER KELEMAHAN PEMIMPIN BN MENTADBIR NEGARA MALAYSIA TERCINTA?

Inilah teori ekonomi Kerajaan BN yang diputarbelitkan untuk mengaburi fikiran rakyat, rakyat harus berfikir, jangan telan bulat-bulat apa yang disogokkan oleh Kerajaan BN....PRU 13 nanti buat pilihan bijak!

Pencacai UMNO KAN suka kenaikan harga barang..mereka ni lagi MAHAL minyak lagi SENYUM diorang ni..lagi MAHAL beras lagi seronok sampai terlompat..yahooo..seronok
nya harga barang naik..and berbangga sangat2 dapat kerajaan macam ni...suka tolong rakyat dengan menaikkan harga barang..kah kah kah kah.
 
dimana PERKASA DAN PEKIDA DAN UMNO DALAM MENYATAKAN SEPERTI APA YANG DIPERKATAKAN OLEH YB GUAN ENG? dari kenyataan beliau nampak dengan jelas siapa sebenarnya pembela rakyat marhain, secara puratanya, etnik Cina adalah yang hidup senang, kaya dan mewah, Melayu sederhana dan miskin, begitu juga India sederhana, miskin dan ada yang papa.
Logiknya YB Lim Guan Eng tidak perlu membuat kenyataan sebegini, biar Melayu dan India mampus? Tetapi kenapa dia yang tampil kehadapan? Kenyataan beliau adalah untuk mengutamakan rakyat Malaysia bukan atas dasar kaum.
Membela rakyat yang disusahkan oleh JERUNG yang tidak membayar cukai kerajaan dan bawa lari keluar duit keluar negara beratus bilion setahun.Siapa JERUNG? adakah Parti PR (PKR, DAP, PAS) atau BN.
( UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dll)? BEBAS? NGO (PEKIDA, PERKASA, ANAK, BAPA )?

INILA MASALAHNYA. KERAJAAN HARINI MENDAKWA EKONOMI NEGARA STABIL DAN SEMAKIN BAIK TAPI REALITINYA RAKYAT LEBIH MENGETAHUI. BARANG SENTIASA NAIK. PENDAPATAN STATIK. APA UKURAN KEMAKMURAN NEGARA SEKIRANYA RAKYAT TAK MERASAI.

ni lagi satu, umah pertamaku.
aku gi semak drang kata tuk umah RM200 ribu keatas jer.

gaji aku sbulan dpat 1,200 jer. mana layak buat loan bnyak tu.
kasi lah idea yg tak mngarut kalu btul2 nak bntu rakyat.
...
sib baik kerajaan s'ngor ade buat lagi umah kos murah.
RM42 ribu, dpat lah gak aku beli umah buat brteduh anak beranak.


 DEB DENGAN TRANSFOMER YANG DI BUAT OLEH NAJIB MEMANG DASYAT LAA.... RINGGIT KUKUH TAPI INFLASI NAIK MENDADAK.... KERAJAAN NAJIB BELA HANTU RAYA MANA NI...... ISK3 SILA JAWAP...

RAKYAT DIBUAI CERITA SEK LUAR TABIE , VIDEO SEK HARAM TAK HABIS-HABIS PASAL KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN LANGDUNG TAK DIPEDULIKAN. KONON NAK NAIK KAN GAJI MINIMUM BULANAN RAKYAT TETAPI SAHINGGA KINI TAK ADA APA-APA PON DAN JIKA GAJI MINIMUM DINAIK KAN SUDAH TENTU HARAGA BARANGAN TURUT NAIK ADA KAH KERAJAAN BOLEH MENURUN KAN HARGA BARANGAN? APA YANG KITA NAMPAK HARGA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN MELAMBONG TINGGI. APALAH YG DIBUAT OLEH MENTERI -MENTERI BN INI. CAKAP SAJA LEBIH TINDAKAN TIDAK ADA.

paham-paham lah... yang pakar pakar ekonomi kat Be End.. siapa..pi mai pi mai pun geng tu je..mana erti nak tingkatkan pendapatan bersih rakyat..... yang erti.. kurangkan pendapatan bersih rakyat....nak panggil mereka keluarkan idea nak selamat ekonomi.. sampai hari khiamat tak ada satu solution.... tetapi nak cari satu solution naya org... tulah taylor... liwat 2, Datuk T, Mr.. SAI..., Umm..., dan macam macam.. cukup menjijik...
kerajaan bukan memikirkan utk rakyat, tp memikirkan mcm mn nak bg lebih mahal supaya kerajaan lebih untung..nnt kluarla ayat.."..harga barangan negara kita lebih murah dari negara jiran"..pala hotak dia, aku beli air kotak kat kedai rm1.30sen, tp kat tailand 130baht ooo..murah pe..

Ringgit makin kukuh, very strong, tapi barang dok naik. Macam mana ni. Apa formula yang kerajaan pakai dok kira barang kena naik, asyik naik, tak mau turrun. Kalau tak boleh tolong rakayat, tukar kerajaan sajalah. Jangan bagi rakyat susah dan melarat. Nak beranak lebih pun takut, susu naik, terpaksa bagi bayi minum TEH O la........ tolong beri penjelasan....

Baru tahu penagan BN. Penipu besar! Kata rakyat didahulukan tapi poket mereka yg diutamakan. Org bodoh aje sokong Bn. Mari kita pakat ramai2 jgn sokong Bn.

Monday, April 25, 2011

Kes Liwat II - Keputusan Hakim Pasti Menyebelahi Si Saiful Bukhari terkutuk dan terlaknat!

Mengapa saya katakan ianya konspirasi politik?

Siapa Anwar? Beliau laa insan yang UMNO paling takuti dan segani, tak payah nak ambil contoh banyak-banyak, satu contoh jer, DSAI mengajak NAJIB berdebat secara baik untuk menerangkan mengenai agenda dan hala tuju negara kita, tapi Najib sangat tidak berani, sebabnya sekali ANWAR masuk TV Kerajaan dan menerangkan agendanya kepada Rakyat Malaysia, Seluruh Rakyat Malaysia termasuk mereka yang ada di kedai-kedai kopi duduk dengan kusyuk mendengar Pemimpin berwibawa mereka sedang menyampaikan mesej.

Baik menyentuh soal sejarah ANWAR, Beliau adalah seorang aktivis yang Berani dan lantang bersuara untuk mengkritik segala kerosakan yang ada didalam kerajaan, Tun Mahathir sgt bijak pada masa itu kerana membawa masuk Anwar kedalam UMNO. Bagi saya tujuan mereka membawa masuk Anwar adalah untuk menghapuskan pengkritik-pengkritik yang berani dan menguatkan parti UMNO.

PAS amat sedih dengan kemasukan Anwar kedalam UMNO. Kerana mungkin mereka berfikir 'adakah Anwar mampu mengubah UMNO dari dalam menjadi parti yang BERSIH' Memang betul kerisauan mereka terbukti, Apabila ANWAR disegani dan disukai oleh Rakyat, dari sini titik mulanya timbul KONSPIRASI JAHAT DAN JIJIK untuk mengaibkan dan menjatuhkan beliau.

Kenapa dipilih unsur-unsur sex untuk menjatuhkan ANWAR? Sebabnya beliau mempunya nilai diri yang baik, dengan cara mengunakan perkara yang jijik ini mungkin Rakyat akan percaya dan menolak beliau. yang pasti mengapa beberapa negeri telah tumbang kepada Pembangkang? Sebabnya RAKYAT YAKIN INGIN MENGUBAH KERAJAAN BARU!-

Ini hanyalah pendapat dan pandangan saya. saya tidak memaksa anda untuk mepercayainya.

Thursday, April 21, 2011

Hati hati jika Terima panggilan telefon Misteri!

Akaun tinggal RM10 saja

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah kerugian RM2,190.62 apabila ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menerima panggilan telefon mendakwa dia membuat transaksi di luar negara.
Mangsa berusia 41 tahun yang berasal dari Taman Midah, Cheras di sini, berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa pegawai Maybank Finance kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 12 April lalu berhubung penggunaan kad kreditnya di Jakarta, Indonesia.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa kad kreditnya digunakan sebanyak RM9,350 di negara itu dan apabila dia menafikannya, lelaki itu memaklumkan pihaknya mempunyai rekod transaksi serta memintanya menghubungi Bank Negara di talian 03 27826998 sambungan 2017.
“Apabila saya menghubungi nombor itu, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Helen menjawab telefon dan dia mengesahkan penggunaan kad kredit saya di luar negara.

“Saya yang tertipu dengan helah sindiket itu kemudian mengikut setiap arahan mereka termasuk pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) untuk menukar kata laluan akaun saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, ketika berada di mesin ATM, dia diminta menukar kata laluannya ke nombor kad pengenalannya sendiri sebelum diarah menghentikan sebarang transaksi dan dilarang memaklumkan kejadian berkenan kepada sesiapa pun termasuk polis bagi tempoh tiga hari kerana akan mengganggu siasatan BNM.

“Namun, saya yang bimbang dan sangsi dengan pertolongan Helen bertindak memaklumkan kejadian berkenaan kepada suami dan apabila memeriksa akaun saya seketika kemudian, kami mendapati hanya RM10 berbaki dalam akaun saya manakala jumlah RM2,190.62 sudah lesap.

“Kami cuba menghubungi nombor Helen dan lelaki yang mendakwa mewakili syarikat kewangan tempatan itu, tetapi gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tuesday, April 19, 2011

Adik Ipar KM Sarawak Yang Comel!

Tahniah kepada Datok Taib Mahmud di atas perlantikan semula beliau Sebagai Ketua Menteri Sarawak, Walaupun aku agak terkilan kerana rakyat Sarawak tidak memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Sarawak, tetapi aku tumpang bangga kerana ada orang melayu yang berjaya menawan hati orang-orang arab yang comel lotte!....

Gambar nih kiranya pembakar semangat kepada para pemuda Melayu agar tingkatkan kualiti dirimu.... Rupa paras .... Usia lanjut....bukan ukuran! tapi Harta benda....Kemewahan yang diutamakan!

Perempuan Islam Pertama Berbogel Dlm Playboy!

Gadis Turki Islam pertama berbogel untuk Playboy


KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.


BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.
Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.
Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.
Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.
"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.
Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.
Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.
Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.
Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.
Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi


Harapnya tidak ada mana-mana gadis atau perempuan Melayu yang gila untuk berbogel di mana-mana majalah kononnya kerana kebebasan. Bebas bukan bererti kita boleh melakukan sewenang-wenangnya!. Ingatlah... Islam bukan rumit, tetapi kita yang merumitkannya.

Sekadar peringatan bersama - Jangan Berkompromi Dengan maksiat!

Tiada Kompromi Dalam Maksiat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya. Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiya'-Nya.
Riwayat Abu Daud dan at-Tarmidzi.

Huraian
1. Allah SWT melarang kita daripada bertolak ansur dan berkompromi dalam perbuatan maksiat kerana perkara tersebut merupakan suatu dosa besar dan mengundang laknat daripada-Nya.

2. Segala kebaikan dan kesenangan yang diperolehi adalah rahmat daripada Allah SWT. Oleh itu, sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan melakukan ketaatan dan menjauhi sebarang perbuatan maksiat.
kerana melakukan maksiat adalah sifat hamba yang tidak tahu bersyukur.

3. Sesungguhnya apa jua yang kita perolehi yang berupa kebaikan segalanya adalah daripada Allah SWT dan apa jua keburukan yang menimpa maka itu adalah disebabkan diri kita sendiri disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukan.

Monday, April 18, 2011

Bangkai makhluk Asing Di Temui

Bangkai makhluk asing ditemui di Rusia


KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia.


ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.
Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.
Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.
Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.
Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.
Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi

Parti Gadis Seksi Pikat Pelajar Kolej

Gadis seksi untuk siswa

BUKTI...Mohd Yusof menunjukkan kain yang digantung bagi menarik perhatian pelajar IPT.
BUKTI...Mohd Yusof menunjukkan kain yang digantung bagi menarik perhatian pelajar IPT.
MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’
Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.
Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.


“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Peringatan Terhadap Golongan Yang Menolak Amaran Al-Quran!

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti ANJING, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al-A'raaf 7:176)

Ini celaan bagi golongan ulama yang menundukkan hukum hakam Islam demi kepentingan dunia.... Mereka umpama anjing.....

Sunday, April 17, 2011

E-mel Samun Duit, Hati-hati jika ada akaun e-banking!

RM5,000 lesap bahana e-mel

KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya  dan surat daripada bank berkenaan.
KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya dan surat daripada bank berkenaan.
KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.
Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.
Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.

Wednesday, April 13, 2011

Sindrom mati mengejut orang muda





KEJADIAN mati secara mengejut akibat serangan jantung dan angin ahmar (strok) semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat negara ini.
Lebih buruk apabila penyakit yang dahulunya banyak menyerang individu melebihi usia 50-an kini mula menyerang golongan muda sama ada mereka aktif bersukan atau sebaliknya.
Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, dunia perubatan mengetengahkan istilah sindrom metabolik. Sindrom itu berpunca daripada tiga jenis penyakit iaitu serangan jantung, diabetes dan hipertensi.
Sindrom bererti sekumpulan simptom atau keabnormalan fizikal yang wujud pada masa yang sama dalam diri individu tertentu.
Metabolik merupakan satu proses kimia yang berlaku dalam badan manusia untuk tujuan tumbesaran dan reproduksi, mengekalkan struktur tubuh serta reaksi kepada persekitaran manusia.
Sindrom metabolik juga dikenali sebagai sindrom x atau sindrom rintangan insulin. Ia merupakan sindrom yang terdiri daripada pelbagai risiko gangguan metabolisma yang meningkatkan risiko individu mendapat penyakit kronik.
Mengikut statistik kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IPR) Kuala Lumpur pada tahun lalu mendapati, wanita dan lelaki yang berumur lebih 50 tahun kerap dikaitkan dengan sindrom berkenaan.
Seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
Kebiasaannya penghidap sindrom itu mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.
Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah genetik, stres dan peningkatan usia.

SINDROM metabolik tidak hanya dihidapi oleh mereka yang bertubuh gemuk.


Pakar bedah jantung dan paru-paru, Dr. Hairulfaizi Haron mengakui, statistik sindrom metabolik di negara ini agak membimbangkan.
Menurutnya, perkara tersebut dikesan sejak empat tahun lalu melalui kajian mengenai sindrom itu oleh seorang doktor di sekitar Tanjung Karang, Selangor.
Jelas beliau, meskipun pelbagai kempen dan promosi dilaksanakan agar masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, namun peningkatan penyakit itu semakin ketara.
Dr. Hairulfaizi yang bertugas di Unit Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memberitahu, punca sindrom itu dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus disebabkan faktor genetik dan separuh lagi berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.
Menurut beliau, individu yang mempunyai sindrom metabolik mempunyai risiko lebih 50 peratus mendapat serangan jantung berbanding individu yang tidak menghidap sindrom berkenaan.
Bagi mencegah lebih ramai masyarakat terdedah kepada masalah tersebut, pelbagai usaha boleh dilakukan.
“Rata-rata pesakit yang saya rawat mempunyai masalah ini (sindrom metabolik). Kekerapan sindrom ini pula melibatkan golongan muda yang berumur kurang daripada 40 tahun berbanding dua dekad lalu, malah paling muda berusia 25 tahun.
“Jika di Barat, pembedahan pintasan jantung kebiasaannya dilakukan antara usia 60 hingga 70 tahun, tetapi di Malaysia ia lebih muda iaitu antara 40 hingga 50 tahun. Ini menunjukkan perbezaan umur yang ketara,” katanya ketika menjelaskan perkembangan sindrom itu baru-baru ini.
Sejarah keluarga
Katanya, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Sebagai pakar perubatan, beliau menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.

PASTIKAN anda mengawal pemakanan dengan meningkatkan makanan yang tinggi serat.


“Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segera jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan,” ujarnya.
Sementara itu, pakar pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Fatimah Arshad memberitahu, sindrom metabolik tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes.
Menurut beliau, ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus menghidap sindrom berkenaan, malah Indeks Jisim Tubuh (BMI) mereka mungkin normal. Namun, apabila diukur lilitan pinggang perkara sebaliknya berlaku.
“Sebab itu kita menggunakan ukuran lilitan pinggang dan bukan menggunakan ukuran berat badan sahaja kerana melalui kaedah itu kita dapat mengetahui seseorang itu menghidap sindrom ini atau tidak.
“Jadi, kaitan sindrom ini dengan pemakanan disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal,” kata Fatimah.
Terang beliau, di negara ini, kira-kira 40 peratus atau lebih orang dewasa menghidap sindrom metabolik.
Bagi orang dewasa yang tinggal di bandar, peratusan itu mungkin lebih tinggi yang mencatatkan sehingga 60 peratus.
Berbanding di kawasan kampung, purata yang menghidap sindrom metabolik agak kecil iaitu empat hingga lima orang sahaja kerana mereka lebih aktif secara fizikal.
“Bagaimanapun, dewasa ini di kalangan remaja pun sudah ramai memiliki berat badan berlebihan dan ukuran pinggang yang besar.
“Anak-anak dihidangkan dengan pelbagai makanan kurang sihat yang berkolesterol tinggi. Situasi itu boleh membahayakan mereka untuk jangka masa panjang,” jelas Fatimah.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan yang tinggi lemak dan kerap mengambil makanan ringan menyumbang kepada masalah tersebut.
Justeru, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat seperti susu rendah lemak, buah-buahan dan sayuran dan lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi.
“Selalunya jika dirujuk kepada saya, pesakit yang menghidap sindrom metabolik ini akan menjalani terapi menurunkan berat badan, ubah suai diet dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka.
“Dari aspek pemakanan, pesakit digalak lebihkan makan sayuran untuk mengenyangkan mereka dan mengurangkan penggunaan minyak.
“Sebenarnya kita mampu membuat perubahan berdasarkan deria rasa kita. Jika kari yang selalu kita masak menggunakan santan, tidak mustahil kita boleh tukar kepada bahan lain seperti susu rendah lemak,” tuturnya.

Thursday, April 7, 2011

EKSEKELUSIF: Umi Hafilda - Penabur Fitnah, Si Mulut Cabul - Bekas GRO

Ummi Hafilda pernah jadi GRO kelas atasan(sumber blog bekas sahabat baik Ummi Hafilda,Rohani Jalil)(EKSEKELUSIF)

lawa la konon dressing cam tu??lawa lg tiz zaqyah makwe aku..hehehe

yo smua..

hari ni berita harian tak de cite best untuk aku tibai..

harharhar..

berdasarkan kepada tajuk....

ummi hafilda adalah gro..

ye..

G undik R ahimi O sman..

skang ni pi mana2 berkepit je dua eko manusia ni..

harharhar...

ummi hafilda jngn marah eh..

pi buat ujian dna..betulke adik azmin ali??

harharhar...

jangan saman aaaaaaaaaaaa..tak dak duit pun aku ni..laptop je yg ada...harharhar

henfon pun ehsan kakak aku bg pinjam....(adik beradik aku mmg kedekut)

3 ulasan:

Tok Kelempap said...
Ini lah pendirian Ummi yang konsisten dan istiqamah sekali dalam perjuangan nya melawan orang yang buat mungkir. Memang dia benci kemungkaran
pakwe said...
harharhar..... ko pun dah kena hempap ngn ummi ke?? wakakakaka buat mungkir??bila aku berjanji ngn dia?? datok tua pi amik air smayang baca Quran la..dok baca blog buat apa?? harharhar istiqamah tapi tk reti tutup aurat buat apa? serupa solat tapi pusat nampak.. bodo..
jebat said...
tiz zakiah pasai dia muda lg bro... klu umoq sama dgn umi.. 110% umi blh tibai dia.. persamaan depa, dua2 pelakon yg di upah

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),
Email:matzainibrahim@gmail.com
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email:iho@rmp.gov.com
28hb.March 2010
YDH Tan Sri,
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.
LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.
3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.
3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.
3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.
4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.
5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.
5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.
5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.
5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.
6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.
6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.
7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.
7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.
7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.
8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.
8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.
9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.
Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.
Yang ikhlas,
Mat Zain Ibrahim
28 March 2011

Sensasi: Doa Rakyat Malaysia, Akhirnya Terbukti Pelakon Lelaki Dalam Video Seks "Datuk T" Yang Di Dedahkan Itu Comfirm Bukan Anwar Ibrahim


Satu Malaysia kecoh... kerana klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau. Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik adalah sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian. Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.” Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas. Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan. Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding.

Pantulan Bayang Pada Dinding Memusykilkan

Jadi kenapa kamera itu digunakan? Jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang. Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding. Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan. Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya). Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang. Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan. Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman itu. Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat sembunyi atau melunturkan imejnya.

Perut Buncit Tetek Labuh Aksi Paling Melucukan

Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu. Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas kenapa video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar. Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube? Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat. Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur. Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak. Dan, biarlah siasatan itu telus setelusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.


Terbukti, perut buncit, tetek labuh dan bayang pada dinding jadi saksi
[Mungkin dek kerana berkat doa alim ulamak yang tidak suka isu fitnah menfitnah yang boleh meruntuhkan tamadun Melayu dan Islam ini, maka akhirnya satu persatu kebenaran itu didedahkan. Hasil pendedahan video seks di internet yang sepatutnya menjadi simpanan pihak polis (masih dalam siasatan, satu-satunya yang ada) telah menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa segala yang berlaku ini adalah konspirasi jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan politik Anwar. Malahan ia juga adalah bukti jelas UMNO BN mahu menarik sokongan rakyat agar terus mengundi mereka dalam pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Mereka mungkin berjaya di Sarawak, tetapi tidak dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana ramai dikalangan mereka yang sudah mula percaya kes liwat Anwar, kini menjadi keliru semula dengan isu terbaru ini. Malah, mereka juga mula sangsi dengan apa yang berlaku terhadap Anwar selama ini. Tambahan pula UMNO BN tersilap memilih pelakon utama untuk pendedahan video seks berkenaan (Rahim Thamby). Gelombang kebangkitan rakyat pasti akan bangkit semula dalam PRU13 nanti. Kerajaan BN perlu bersedia untuk melihat lebih banyak kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang nanti].

Wednesday, April 6, 2011

Panas: Video Seks, Janggut Anwar Kini Jadi Bukti Kukuh Pelakon Dalam Video Seks Bukan Dirinya !


Ada sesuatu yang boleh dipertikaikan setelah video seks yang dikatakan Anwar itu dinaik turun di laman Youtube oleh individu yang gunakan nama "thepowerman". Antara yang melucukan ialah isu janggut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet itu. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini. Video ini dikatakan dirakam pada 21 Feb. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut. Musykilnya melihat senario ini?

Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut. Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar pada 22 Feb ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita rlihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. (Sila rujuk foto)
[Kesimpulan daripada analisis ringkas ini jelas membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011. Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam. Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks. Fkirkanlah - milosuam]

Tuesday, April 5, 2011

Panas: Gara-Gara Takut Terbongkar Rahsia, Maka Akhirnya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tidak Rela Membenarkan "Tayangan Video Seks" Di Parlimen

KUALA LUMPUR 5 April - Rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang tidak akan ditayang di Parlimen, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (foto). Katanya beliau tidak akan membenarkan Dewan Rakyat digunakan oleh mana-mana individu untuk kepentingan peribadi atau agenda politik. "Pendapat saya mengenai hal ini adalah begini, iaitu sewaktu mesyuarat ahli-ahli Yang Berhormat adalah dilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh Peraturan Mesyuarat seperti unparlimentary words atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. "(Jika) yang itu pun tidak dibenarkan mesyuarat, macam mana saya boleh membenarkan dalam Parlimen untuk tayangan satu perkara yang pertama melanggar Peraturan Mesyuarat (dan) sengaja di bawa ke Dewan Rakyat, kedua dalam Islam itu adalah perkara yang haram."Jadi saya ingatkan Yang Berhormat kalau berpolitik, berpolitiklah di luar sana sewenang-wenangnya. Dalam Dewan ini kita dipandu oleh etika-etika tertentu, jangan oleh kerana kepentingan politik individu menjustifikasikan tindakan dahulu, lepas itu menggunakan wakil rakyat sebagai pelindung,” katanya selepas sesi soal jawab berakhir pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini Terdahulu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bangkit untuk bertanyakan pendirian Pandikar mengenai cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan ahli Parlimen punyai imuniti yang lindungi mereka daripada sebarang liabiliti jenayah.
[Agak mengejutkan, tetapi memang sudah dijangka sebenarnya. Ternyata Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mahu kerajaan UMNO BN mendapat malu yang lebih besar apabila video tersebut ditayangkan. Persoalannya, kenapa ketika Karpal Singh mengarahkan video seks Vijendran ditayangkan di parlimen pada tahun 1992 dulu, mereka bersetuju. Apakah kerana mereka tidak yakin wajah tersebut adalah wajah Anwar. Kenapa video yang dipaparkan pada laman Youtube itu tiba-tiba dibuangkan?. Ini semua membukti bahawa mereka sudah terkejut apabila kita mendedahkan bahawa video seks itu hanya satu-satunya pada Datuk T dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Tiba-tiba pula video itu boleh berada ditangan orang lain dan dinaik turun (upload) dalam internet. Peliknya, pemimpin UMNO sendiri yang menyarankan Karpal Singh mengarahkan video itu ditayangkan di parlimen. Tiba-tiba mereka pula yang mahu menyekatnya. Bukankah ini cukup melucukan kita semua].

Wednesday, April 6, 2011

Sekadar peringatan bersama,

عن على بن أبى طالب رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اذا فعلت أمتى خمس عشرة خصلة حل بها البلاء , قيل وما هى يارسول الله ؟ قال : اذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات فى المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمور ولبس الحرير واتخذت القيان والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها , فليرتقبواعند ذلك ريحا حمراء أو خسفا أو مسخا.
رواه الترمذى
Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja (permit, lesen, tender, jab dan agensi kerajaan, tanah dan dewan org ramai - semuanya dimonopoli oleh parti yg memerintah).
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan (lesen, permit, tender dll).
3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
4. Suami taat pada isteri (isteri campur tangan kerja suami memerintah negara).
5. Anak mendurhakai ibunya.
6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
8. Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu (kaki arak, buat fitnah tuduhan diluar mahkamah, kaki maksiat dll).
10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya (tgkp org tanpa bicara, guna polis utk menakutkan rakyat dll).
11. Arak diminum di merata-rata tempat.
12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain

Monday, April 4, 2011

Wajah blogger UMNO kaki togok arak



Setelah berteka-teki sejak semalam, kali ini kita bongkarkan wajah blogger gerombolan songkok tinggi yang selama ini tak henti-henti bercakap soal moral, bercerita tentang Islam, memaki hamun ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina. Tapi sebenarnya dia hanyalah seorang kaki botol.

Blogger inilah yang selama ini bermati-matian mahu anda percaya bahawa Parti Islam se-Malaysia, PAS adalah Parti Ajaran Sesat, manakala UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Blogger inilah yang diupah oleh UMNO untuk mempertahankan perjuangan Islam UMNO.



Baca juga ulasan Topeng Perak di sini [TopengPerak]

Nantikan pendedahan Blogger UMNO yang seterusnya.

ReJaM© "Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi akan terus mempertahankan blogger kaki botol ini..."

Video seks DS Anwar Ibrahim - Ternyata Fitnah!

Nik Nazmi: Mengapa saya kata itu bukan Anwar
Nik Nazmi Nik Ahmad   
Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.
(Gambar: Apakah ini badan Anwar? Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar)
Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.


Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.
(Gambar kiri: Apakah ini perut Anwar Ibrahim?)
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti:  Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
(Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?)

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.
Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.
Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Kontroversi video Seks Anwar ibrahim

Video "Seks" Di Dedahkan, Persoalannya Kenapa Satu-Satunya Video Yang Ada Pada Datuk T Serta Pihak Polis Boleh Terlepas Ke Tangan Orang Lain

Adengan "video seks" panas yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula ditayangkan di laman Youtube oleh pihak berkenaan mulai tengahari tadi. Ia dipercayai telah diupload oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya The Power Cam. Maka, ramailah penyokong UMNO BN mula bersorak kononnya itulah dia bukti Anwar memang terlibat dengan kes tersebut. Persoalannya yang harus dijawab ialah kenapa individu terbabit boleh memuat turun video berkenaan pada hari semalam 3 April 2011 dari negara Thailand berdasarkan kepada tulisan pada skrin video terbabit. Malah, kita juga amat hairan kenapa video itu diupload semalam sedangkan Datuk Eskay dan Rahim Thamby Chik sendiri pernah berkata hanya mereka sahaja yang mempunyai video tulen tersebut. Adalah difahamkan video berkenaan telah berada ditangan pihak polis. Maka, bagaimana individu terbabit boleh menyimpan video berkenaan. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Bagaimana video tersebut boleh terlepas ke tangan beliau. Apa yang berlaku ini pernah terjadi kepada ramai artis suatu ketika dulu seperti Ella, Fazura, Ida Narina, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Wajah mereka dikatakan pelakon seks dalam video yang tersebar diinternet, tetapi bila diamati betul-betul ternyata ia adalah wajah seiras dari Filipina atau Thailand yang menyerupai wajah-wajah mereka. Kini ia berlaku pula kepada Anwar. Nampak sangat yang video itu sengaja dirancang sedemikian rupa. Apakah kita mahu percaya?.


Bukti, paparan tulisan dalam bahasa Thailand pada skrin video tersebut

Inilah dia video sebahagian video panas yang dikatakan mirip Anwar
Terdapat seorang individu yang membuat komen di Malaysiakini berkenaan perkara ini berkata "Bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason... pertamanya kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly. Keduanya scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene.. Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu,aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu ", kata individu dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu.

Inilah bukti wajah mirip artis yang pernah dikaitkan dengan skandal
video seks suatu ketika dulu, Ida Nerina (kiri) dan Fazura (kanan)

Lagi bukti kukuh, ramai artis yang muka seiras jadi mangsa video seks
seperti Fauzi Nawawi (kiri) dan ratu rock tanahair Ella (kanan)


Maka itu, mungkin juga Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa penipuan
video seperti ini gara-gara ada pihak yang mahu hancurkan politiknya

Isu Rakyat: Pelanggan "Maxis" Tertipu Gara-Gara Terpaksa Bayar RM1790.57 Ke Atas Perkhidmatan Broadband P1 Yang "Tidak Pernah" Dia Gunakan !


KUANTAN, 4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan. Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax. "Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada. Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu. Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran", katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju. Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan. "Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus. Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan", tambah beliau lagi.
Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax
"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya. Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi. Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan.


Bukti, inilah dia bil yang terpaksa dibayar atas perkhidmatan tersebut

Gara-gara alat inilah menyebabkan beliau terpaksa bayarRM1790.57
"RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57. Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan", katanya lagi.

[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya. Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang. Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].

Panasi: Gara-Gara Mereka Begitu Sibuk Menjaga Kepentingan Politik AMENO (UMNO), Kini Pusat Latihan Polis Pula Di Serang Oleh Virus ADENO !!

SEREMBAN 4 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang jalani latihan di Pusasda sejak Januari lalu.
[Ramai yang terkejut dengan senario yang berlaku ini sebenarnya. Namun, segalanya adalah dari Allah SWT, cuma pihak berkenaan perlu beringat-ingat dengan setiap tindakan yang dilakukan kepada rakyat. Pihak polis jangan terlalu menjaga kepentingan politik pihak-pihak tertentu hingga menakutkan rakyat. Polis sepatutnya menjadi pelindung rakyat, tapi di Malaysia situasinya sudah berbeza bila rakyat menganggap polis pula yang menakutkan mereka. Lantaran itulah segala yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar. Virus Adeno yang melanda itu mungkin dek kerana doa rakyat yang tidak mahu polis terus menjadi alat kepada virus Ameno (UMNO). Rakyat tidak mahu lagi mereka terus diperlakukan sesuka hati oleh pihak polis hanya kerana taat kepada arahan ketua. Sepatutnya dengan khalimah "Allah Muhammad" yang ada pada lambang mereka itu maka pihak polis sewajarnya lebih takutkan Allah dari manusia. Namun, ini tidak berlaku bilamana polis terpaksa bekerja atas arahan orang politik. Semoga fenomena ini akan berubah selepas pilihanraya umum akan datang. Oleh itu, ambillah ikhtibar atas segala yang terjadi ini].

Panas: Karpal Gesa Kerajaan Menayangkan Video Seks Di Parlimen, Soalnya Apakah Nazri Aziz Dan Trio Datuk T Berani Membenarkan Ianya Berlaku

KUALA LUMPUR, 3 April - Nampaknya "Trio Datuk T" bakal berhadapan dengan cabaran besar kali ini. Ia berikutan kenyataan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh (foto) yang mahukan supaya "Video Seks" yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara ditayangkan semua di Dewan Rakyat. Sebelum ini, Menteri Nazri Aziz menegasakan pihak yang menayangkan video seks terbabit tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana tindakan mereka bukanlah untuk mencari keuntungan. Malah, video panas yang dipercayai memaparkan wajah individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mencetuskan kontroversi hebat apabila dua orang Mufti (Perak dan Perlis) mengeluarkan kenyataan yang dilihat memihak kepada Anwar. Akibat kenyataan itu, tiba-tiba Ketua Polis Negara mengesahkan video tersebut adalah tulen. Ini menyebabkan rakyat semakin keliru dan musykil, tambahan pula terdapat dakwaan salah seorang individu yang mendedahkan insiden ini iaitu Datuk Eskay dilihat terdapat dalam video yang diperkatakan itu. Makanya, ia jelas sekali menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Maka itulah Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayang video iti di parlimen. Beliau berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya. Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung kontroversi video seks DP Vijandran.

[Jika video ini ditayangkan di parlimen, maka ia sekali lagi pasti akan menggemparkan kerana wajah pelakon lelaki yang dimaksudkan itu pasti akan didedahkan. Soalnya, jika benar Anwar mengatakan lelaki itu bukanlah dirinya seperti yang didakwa maka sudah pastilah ia akan menyebabkan Trio Datuk T mendapat malu besar. Justeru itu, kami amat yakin tayangan ini pasti tidak akan berlaku demi melengkapkan perjalanan kes ini. Jika tidak pasti ia akan menyebabkan Trio Datuk T terutamanya Rahim Thamby Chik berhadapan dengan satu situasi yang sungguh mencemaskan. Rasionalnya kami mengatakan begini ialah kerana jika benar video itu sah wajah Anwar, maka sudah pasti ia akan bertebaran di laman youtube (internet) sama seperti yang berlaku kepada Chua Soi Lek itu. Rakyat yang boleh menjadi hakim untuk mengesahkan siapakah pelakon tersebut. Samalah dengan apa yang berlaku sebelum ini apabila kita dikecohkan dengan video seks Zakiah Anas, Ida Nerina dan ramai lagi artis popular. Namun, selepas ia disebarkan di internet ternyata wajah tersebut adalah bukan artis berkenaan. Orang ramai boleh menilai, soalnya kenapa Ketua Polis Negara begitu cepat mengumumkan ketulenan video berkenaan hanya berdasarkan siasatan seorang pakar].

Panas: Ramai Ahli UMNO Tidak Percaya Kes Video Seks Kerana Pembawa Beritanya Ialah Si Munafik Rahim Thamby Chik Yang Tidak Boleh Di Percayai

Susulan dengan tersebarnya isu video seks baru-baru ini, maka ramai ahli UMNO akar umbi sebenarnya tidak percaya langsung kisah video seks yang didedahkan oleh "Trio Datuk T" itu. Malah, mereka merasa amat lucu dan kecewa dengan "trick politik kotor" yang dimainkan oleh pemimpin atasan parti itu. Menurut salah seorang daripada mereka yang ditemui krew kami berkata "Kita tidak kisah jika tuduhan terhadap Anwar itu disertakan dengan bukti kukuh. Ini masalahnya, orang yang menjadi mastermind video itu sendiri pun diragui kejujurannya iaitu Rahim Thamby Chik. Orang UMNO tahu sebenarnya apa yang terjadi antara mantan Ketua Menteri Melaka dengan gadis bawah umur yang menjadi mangsanya dulu. Malah, Rahim sebenarnya tidak dibicarakan di mahkamah cuma Peguam Negara mendapati tiada kes untuk mendakwa beliau", katanya. Justeru itu katanya, dalam Islam telah mengajar kita supaya menyiasat si pembawa berita terlebih dahulu sebelum menerima apa yang dibawa itu."Dalam kes ini kami orang UMNO sendiri pun tidak percaya dengan Rahim, maka bagaimana dia boleh membuat cerita karut sebegini. Malah, Rahim berulang kali menyatakan dia berdendam dengan Anwar dan mahu pemimpin itu meletak jawatan seperti yang berlaku kepadanya dulu. Padahal, Rahim lupa yang Anwar sudah pun dipecat oleh Mahathir daripada UMNO dan Kerajaan pada 2 Sept 1998 dulu. Makanya, kenapa Rahim beriya benar mahu Anwar letak jawatan lagi", katanya.

Kenapa Ada Dua Undang-Undang Untuk Kes Sama

Banyak persoalan yang sebenarnya menyebabkan cerita video seks ini menjadi karut marut katanya. Antaranya, secara logik kenapa video tersebut tidak disebarkan menerusi internet seperti yang berlaku kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek (foto) dulu?. Gara-gara tersebarnya video tersebut diinternetlah menyebabkan Chua terpaksa mengaku yang itu memang gambarnya. Malah, pihak polis juga mengeluarkan arahan supaya mana-mana pihak tidak menyimpan,l mengedar, menerbit atau menayang video terbabit sesuka hati. "Maknanya polis begitu mengambil berat maruah Chua yang telah tercemar itu. Malahan, dengan tersebarnya video tersebut menerusi Youtube di internet, rakyat sendiri boleh menilai apakah benar wajah yang dipaparkan itu ialah Chua Soi Lek. Maknanya mereka menjadi hakim untuk menentukan kesahihan dan ketulenan wajah Chua, walau pun mungkin gambar itu sekadar tempelan semata-mata. Namun, dek kerana Chua gusar pembongkaran lebih hebat dilakukan dia akhirnya mengaku dialah lelaki didalam video tersebut", kata beliau Namun, senario yang berbeza dalam kes video seks terbaru ini. Umum mengetahui, malah media memainkan peranan mendedahkan memang individu itu adalah "mirip Anwar". Persoalannya, kenapa pihak polis tidak terus mengumumkan itu memang Anwar?. Kenapa takut menyatakan kebenaran jika video itu ternyata dilakonkan oleh pemimpin pembangkang terbabit?. Malah katanya, setakat hari ini kenapa tiada langsung penyebaran video itu menerusi internet?. "Kenapa dirahsiakan dan tidak mahu rakyat menjadi hakim?. Kenapa hanya mendapatkan ulasan daripada seorang pakar tempatan lantas Ketua Polis Negara mengatakan video itu tulen. Apakah makna "tulen" itu, tulen pada videonya atau tulen pada wajah pelakonnya. Malah, kenapa begitu cepat polis mahu membawa kes itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan?", kata beliau lagi.

[Malah, ramai yang mempersoalkan apakah motif Rahim Thamby Chik berbuat demikian?. Apakah beliau bercita-cita untuk naik semula dalam politik UMNO. Mungkin juga dia mahu PM Najib Razak memberikan kerusi untuk beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang supaya dia boleh kembali menjadi Ketua Menteri Melaka?. Ramai ahli UMNO tahu siapa Rahim sebenarnya, malah ada sesetengah pihak di Melaka yang mendedahkan mana-mana "tokey" yang mahu mendapat projek besar di negeri itu perlulah membawa "ayam special" untuk diratah oleh beliau. Aktiviti ini dijalankan di sebuah hotel mewah di Melaka sendiri. Ia diketahui oleh ramai pekerja hotel tersebut tetapi mereka takut untuk mendedahkannya. Samalah dengan isu tangkapan Najib dengan seorang artis di Port Dickson dulu. Boleh dikatakan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO tahu di mana mereka ditangkap dan siapa yang bertanggungjawab melepaskan pemimpin terbabit ketika itu. Pendek kata isu "seks" dengan UMNO ini umpama "isu dengan kuku". Tunggu pendedahan panas "Seks perwakilan UMNO ketika perhimpunan Agung parti itu". Mengejutkan pemimpin UMNO bahagian bawa wanita UMNO (bini orang) tidur di biliknya hingga menyebabkan keluarga wanita terbabit bercerai berai. Tunggu pendedahannya yang melibatkan salah seorang pemimpin UMNO bahagian di Pahang. Oleh itu, tak usahlah puak-puak UMNO merasa mereka bersih sangat, sedangkan hakikatnya seks itu banyak berlaku dalam parti itu].

Edisi Seni: Al-Fatihah, Penulis Lirik Lagu Terkenal Seri Bayu Meninggal Dunia Pukul 8.15 Malam Tadi

PORT DICKSON, 12.58 pm - Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik (foto), meninggal dunia pada 8.15 malam tadi di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun. Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. "Beliau dimasukkan ke hospital di Port Dickson kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di Port Dickson. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama. Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk dekat sini, selepas waktu Zuhur. Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama. Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain.

[Kau pernah berkata esok ada mentari untuk cinta kita, kau pernah berjanji esok ada pelangi untuk rindu ini". Itulah antara bait lirik lagu Sayang Terakhir hasil nukilan terbaru Seri Bayu ketika Allahyarham terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) satu ketika dulu. Menurutnya, nukilan puitis itu tercipta berdasarkan pengalaman hidupnya bersama isterinya seorang artis muda, Erema atau nama penuhnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (foto) bagi menggambarkan perjalanan hidupyang pernah mereka lalui sebelum ini. "Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini,segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri," katanya. Beliau yang dirawat di HKL kerana menanggung derita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh isterinya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November tahun lalu. Al-Fatihah buat Allahyarham, Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya].

Kenyataan Ku Li, Terbukti Konspirasi Video Seks Adalah Strategi 'Politik Kotor Musuh Anwar' Yang Sudah Gila Dek Kerana Takut Kehilangan Kuasa !

Kenyataan panas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) tentang isu "video seks" baru-baru ini, mengesahkan kepada kita bahawa ramai pemimpin UMNO sebenarnya kecewa dengan senario itu. Mereka mula gusar, BN akan kehilangan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang jika politik "jijik" ini terus dimainkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam kenyataannya, Ku Li membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting. "Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. “Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden UMNO itu. "Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah. "Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya. Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri. "Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," katanya.

[Persoalannya sekarang, apakah Ku Li bakal berhadapan dengan satu tindakan drastik mereka menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Beranikan Najib menukar pemimpin lain untuk bertanding di Parlimen Gua Musang jika Ku Li diterajang keluar?. Semua ini wajar kita fikirkan kerana kenyataan Ku Li soal video seks ini jelas sekali membuktikan beliau sudah tidak tahan lagi untuk mendedahkan apa yang sudah lama tersirat dalam fikirannya selama ini. Kebenaran apabila ditutup ia akan menyebabkan manusia menjadi semakin "bengong" dan tidak dapat "duduk diam". Maka itulah akhirnya Ku Li memberanikan diri untuk membuat teguran terbuka tentang apa yang berlaku ini. Biar pun ia dianggap teguran peribadi, namun apa yang diperkatakan beliau itu jelas sekali menunjukkan memang ada unsur konspirasi yang sering dinafikan oleh puak-puak terbabit. Apa yang pasti, Ku Li bakal menjadi mangsa mereka selepas ini dan langkah terbaik Ku Li perlu jujur terhadap diri sendiri dan kembali bersama rakyat sekarang. Masa depan politiknya terus kelam dalam UMNO, bahkan dia terus dihina oleh pihak terbabit. Apa tidaknya, orang kanan beliau seperti Rais Yatim, Shabery Chik dan lain-lainnya diangkat sebagai menteri kabinet Najib. Sedangkan dia yang lebih senior dan berpengalaman itu hanya menjadi Menteri Hal Ehwal Gua Musang dulu, kini dan buat selama-lamanya].

Panas: Yang Di Pertua JMM, Si Azwandin Hamzah Buat Laporan Polis Terhadap Ketua AMK Susulan Mengaku Miliki 'Video Seks' Pemimpin UMNO BN !

KUALA LUMPUR 3 April - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin agar menyerahkan bukti kepada polis jika benar beliau memiliki rakaman video seks melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah (foto) berkata, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh dua tiga hari ini, pihaknya akan meminta polis mengambil keterangan dan mendapatkan rakaman video seks yang didakwa dimiliki Shamsul Iskandar Beliau percaya pemimpin AMK itu sengaja mengeluarkan fitnah dengan niat jahat bagi mengalihkan perhatian masyarakat mengenai pendedahan video seks didakwa seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini. "JMM ingin menasihatkan Shamsul agar tidak membiarkan dirinya dijadikan 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu bagi mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai bukti dan fakta dengan niat untuk memfitnah mana-mana pihak. "Jadi kita cabar beliau segera menyerahkan apa yang didakwa rakaman video seks melibatkan pemimpin politik kepada polis agar siasatan terhadap individu terbabit dapat dijalankan seperti siasatan terhadap pendedahan video seks melibatkan pemimpin parti pembangkang baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Shamsul di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam. Menurutnya, perbuatan beliau itu kerana terdesak untuk menyelamatkan ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks baru-baru ini, memandangkan dakwaan yang dilempar terhadap pemimpin BN dan UMNO hanya dibuat selepas pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang berkenaan.
[Nampaknya selepas keluar dari PKR, Azwandin semakin bersemangat untuk menyerang apa saja tindakan parti itu. Namun, nasibnya tidak sehebat Ezam dan Lokman, kerana dia masih belum diangkat kembali ke jawatan penting yang diidam-idamkan dalam parti UMNO sebenarnya. Lantaran itulah dia perlu menunjukkan bukti kesungguhan berjuang melawan parti lamanya itu agar diberi perhatian sewajarnya oleh pucuk pimpinan UMNO. Laporan polis yang dibuat itu pasti akan disiasat dengan cepat dan pantas oleh pihak polis berbanding ketika dia berada dalam AMK suatu ketika dulu. Sungguh bertuah rakyat Malaysia, bila diberi layanan istimewa hanya selepas mereka kembali kepada parti jahiliyah itu. Sedangkan jika mereka mendedahkan apa saja yang perlu dibongkar ketika tidak bersama kerajaan, sudah pasti laporan tersebut akan dipandang sepi].

Saturday, April 2, 2011

Dek Kerana 'Takutkan Suara Rakyat', SPR Tidak Bercadang Untuk 'Adakan Pendaftaran Pemilih' Secara Automatik Bagi Pengundi Capai Umur 21!

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (foto) berkata, SPR juga tidak bercadang untuk menurunkan usia mendaftar sebagai pemilih daripada 21 tahun kepada 18 tahun kerana ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 119, tidak membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar diri mereka sebagai pengundi, dibuat secara automatik. "Ini kerana dalam Perkara 119, telah disebutkan pemilih mesti memohon untuk mendaftar dan tarikh permohonan itulah tarikh seseorang itu disah sebagai pengundi. Ini bermakna, tidak boleh dibuat secara automatik, terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun. "Kecuali Perkara 119 itu dipinda dan untuk meminda Perlembagaan, mesti mendapat persetujuan 2/3 ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

[Soalnya, kenapa SPR begitu takut untuk laksanakan sistem yang lebih demokrasi ini?. Semuanya kerana SPR mendapat ilham dari Kerajaan UMNO BN jika sistem itu digunakan maka dkhuatiri mereka akan kecundang dalam Pilihanraya Umum. Ini kerana mereka tahu pengundi muda sememangnya sudah bertukar arah untuk menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya. Oleh itu jugalah alasan dangkal diberikan bagi menidakkan senario ini berlaku. Sedangkan mereka mempunyai akses dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pendaftaran secara automatik, atau pun mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mencapai umum 21 tahun datang terus pada hari mengundi dengan membawa mykad masing-masing ke kaunter SPR. Itulah yang lebih baik daripada kaedah yang dijalankan sekarang. Kenapa mereka takut?. Semuanya kerana UMNO BN gusar dengan suara rakyat itu. Lantaran itu SPR dilarang laksanakan sistem itu. Semuanya kerana mereka takutkan bayang sendiri].

Panas: Minyak Petrol 'RON 97' Naik Lagi, Terbukti Gagasan Satu Malaysia, Rakyat Di Dahulukan PM Najib Razak Itu Semakin Mengarut Sebenarnya !!

Berita kenaikan minyak RON97 lewat hari ini sememangnya membuktikan gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan" semakin mengarut sebenarnya. Apa yang pasti, dahulukan rakyat bermakna kerajaan akan "jadikan rakyat testimoni" sebelum memastikan sesuatu tindakan itu diterima. Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen dan menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari. Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter. Dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petrol dan diesel mencecah RM7.61 bilion. Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggar mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

[Itulah alasan kerajaan setiap kali mereka menaikkan harga minyak tersebut. Subsidi terus dijadikan senjata untuk mengesahkan tindakan itu. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan UMNO BN sejak dulu, kini dan pasti untuk selama-lamanya selagi mereka memerintah negara ini. Justeru rakyat Malaysia terutamanya yang berada di Sarawak, bangkitlah dan tolak kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak ini kerana sudah jelas mereka menjadikan rakyat sebagai bahan ekperimen semata-mata. Sebaliknya mereka lebih menjaga kepentingan beberapa kerat golongan teknokrat dan konglomerat yang senantiasa membuka mulut untuk membaham rakyat itu. Lakukanlah perubahan demi mereaslisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan berkebajikan. Jika kita terus biarkan UMNO BN berkuasa, maka semakin banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat dirompak secara berhemah oleh mereka].

Edisi Pahang: Orang Ramai Kecewa Dengan Sikap Double Standard Pihak Polis Yang Ternyata Gagal Menghalang Demontrasi Video Lucah Di Temerloh

TEMERLOH, 2 April - Orang ramai di kawasan ini terkejut dengan tindakan beberapa orang pemuda yang kononnya mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang yang kononnya bertindak mengadakan perhimpunan secara aman di Perhentian Bas Mentakab, mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang. Jurucakap penganjur perhimpunan itu semalam, Nor Afendi Mat Saman berkata, rakyat ingin tahu siapa sebenarnya yang terbabit dalam video aksi seks tersebut supaya ia tidak lagi menimbulkan keraguan yang boleh mengundang pelbagai fitnah dan prasangka buruk. Kami juga menyokong supaya suruhanjaya diraja itu turut dianggotai oleh pihak media, NGO dan beberapa pemimpin pembangkang. "Penyertaan mereka boleh memberi gambaran yang tepat dan tidak akan disensasikan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik," katanya. Perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu berlangsung selama 20 minit dan berakhir apabila ahli NGO terbabit membuat laporan di Balai Polis Mentakab sebelum bersurai.

[Persoalannya sekarang ialah, kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan jika ia dilakukan oleh pihak pembangkang sudah pasti mereka akan mengganggunya. Inilah bukti "double standard" pihak polis amalan demokrasi di negara ini sebanarnya. "Kami pelik kenapa perlu mendesak, sedangkan Mufti Perak dan Mufti Perlis sudah memberi penjelasan meluas kes ini dari sudut agama Islam. Soalnya, kenapa mereka ini mahu mendengar suara dari Rahim Thamby Chik dan Trio Datuk T daripada mufti terbabit. Sungguh bebal puak-puak ini yang cuba mencari publisiti murahan ", kata seorang peniaga gerai yang ditemui. Malah mereka juga tertanya-tanya benarkah kumpulan terbabit mewakili NGO Pahang?. Sedangkan mereka sendiri tidak berani mengaku dari kumpulan NGO mana mereka itu sebenarnya].

Radioaktif: 'Ahli Parlimen Kuantan' Hantar Surat Terbuka Kepada Menteri Besar Pahang Berkaitan Projek Pembinaan Kilang Memproses Rare Earth !

KUANTAN, 2 April - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) telah menghantar satu "Surat Terbuka" kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berhubung isu kilang memproses radiaoaktif "rare earth" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa Menteri Besar Pahang prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya. Namun beliau berpendapat bahawa penerangan yang di terima oleh Menteri Besar daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan ‘rare earth’ ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian. Menteri Besar Pahang itu seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat dikawasan Kuantan dan sekitarnya.


Inilah dia tapak projek Lynas di Gebeng yang dapat bantahan rakyat itu
Katanya antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri besar Pahang kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan ‘rare earth’ di bina dinegara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini. Beliau juga berharap agar Menteri Besar Pahang itu juga harus bertanya kepada negeri Jiran iaitu Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negeri terbabit berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung 2007.

MB Pahang Perlulah Rujuk Pendirian Trengganu
"MB Pahang itu harus juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium – bagaimanakah ianya akan di uruskan dan peraturan apakah yang akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?", katanya. Beliau turut menegaskan supaya Menteri Besar Pahang itu juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada dipersekitaran kawasan Gebeng.
Pelancongan Pantai Pahang Pasti Akan Lumpuh
"MB Pahang harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimana kah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan ‘rare earth’?. Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yg ada di negara Cina (yg kita semua tahu tidak ambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.) Persoalan diatas amat penting. Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?". tambah beliau lagi dalam surat terbukanya itu. Beliau beraharap Menteri Besar Pahang itu barulah boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Info penuh Surat Terbuka
Inilah dia salinan surat Ahli Parlimen Kuantan kepada MB itu
[Nampaknya, isu ini semakin panas dan bakal menyebabkan kawasan Perindustrian Gebeng tidak akan menerima lagi pelaburan daripada lain-lain syarikat selepas ini. Ia akibat ketakutan maysrakat antarabangsa akibat kebenaran Kerajaan Negeri Pahang terhadap pembinaan kilang memproses rare earth terbesar di dunia itu. Apakah MB sedar akan semua ini?. Malah, yang paling bahaya ialah inudstri pelancongan itu sendiri, memandangkan berhampiran kawasan terbabit ialah pusat pelancongan seperti Cherating, Batu Hitam, Balok, Teluk Chempedak dan sebagainya. Begitu juga ia akan menyebabkan pelancong takut untuk menginap di hotel-hotel dan resort yang terdapat di sepanjang pantai berhampiran kawasan itu. Bukankah ini akan menyebabkan industri terbabit juga akan merudum. Begitu juga dengan pemaju projek pembangunan hartanah, mereka turut akan kehilangan hasil akibat kegusaran orang ramai untuk membeli hartanah berhampiran kawasan terbabit. Makanya, MB Pahang perlu mengambilkira semua aspek ini dan tidak terlalu taksub dengan usaha untuk mendapatkan pelaburan semata-mata hingga meminggirkan kehendak rakyat itu sendiri].

Isu Pahang: Menteri Besar Harus Faham Bahawa Kesan Radioaktif Bakal Di Tanggung Oleh Rakyat 20 Tahun Akan Datang Dan Bukannya Sekarang !

KUANTAN, 2 April - Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) kecewa dengan tindakan Menteri Besar yang sewenangnya mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan membenarkan terus pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" beroperasi di negeri ini. Kilang yang akan memulakan operasi di Kawasan Perindustrian Gebeng penghujung tahun ini itu telah mendapat bantahan ramai pihak termasuk dikalangan penyokong kerajaan sendiri. Maka itu tindakan MB untuk tidak mengendahkan suara rakyat amatlah dikesali katanya. Beliau juga menegaskan kesan radioaktif itu tidak akan berlaku dalam tempoh setahun dua ini, sebaliknya 20 tahun akan datang. "Pada ketika itu Menteri Besar telah bertukar tangan dan saya yakin Menteri Besar pada ketika itu akan menyalahkan Menteri Besar pada hari ini. Sebab itulah kita berhimpun untuk menyatakan bantahan", katanya semasa berucap di Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" di Masjid Balok petang semalam. Beliau juga menegaskan walau pun Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat tetapi rakyat perlu ingat ketika peristiwa kilang yang sama dibina di Bukit Merah (Perak) alasan yang sama juga diberikan oleh pihak terbabit. "Mereka memberi jaminan selamat, tetapi apa yang berlaku penduduk Bukit Merah terpaksa menanggung kesan sehingga ke hari ini", tambah beliau lagi.


[Persoalannya sekarang ketika itu apakah Dato' Sri Adnan Yaakob sedar yang dia bukan lagi Menteri Besar Pahang?. Jangankan 20 tahun akan datang, mungkin 5 tahun dari sekarang pun MB sudah bertukar tangan. Oleh itu, jika benar MB perihatin kepada rakyat maka beliau tidak seharusnya membenarkan pembinaan kilang berbahaya seperti ini. Nasid rakyat diperjudikan demi mencari keuntungan pelaburan semata-mata. Apa yang pasti, sudah tentu pihak syarikat Lynas Corporation Ltd (Australia) sememangnya sudah berunding dengan MB sejak awal-awal cadangan tersebut. Apakah rakyat boleh jangka persetujuan itu diberikan tanpa ada "komisyen" untuk MB yang akan menyokong projek berkenaan?. Bukankan selepas MB sokong barulah permohonan dibawa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Jika tidak sudah pasti kilang terbabit sudah lama didirikan di negeri Trengganu dan tempat-tempat lain. Cadangan berkenaan telah ditolak kerana kerajaan di negeri terbabit sedar akan tanggungjawab sosial untuk rakyatnya. Namun, ternyata gagal untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Apa yang penting sudah pastilah Kerajaan Negeri Pahang "komisyen" yang bakal diterima oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mereka boleh nafikan, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di Pahang berdasarkan kepada modus operandi yang sama apabila MB menyokong permohonan pembalakan, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Konsep "fail tebal sokong" inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya terpaksa menanggung derita].

Kontroversi: Polis Sepatutnya Siasat Serta Dakwa Trio Datuk T Bukannya Beriya-Iya Mengesahkan Ketulenan Video Seks Yang Mereka Bongkarkan !

Kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa polis telah mendapat keputusan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T disahkan ketulennya oleh pakar tempatan jelas sekali bermotifkan politik sebenarnya. Ini diperjelaskan oleh Peguam R.Sivarasa (foto) ketika diminta mengulas tentang isu itu. Katanya, pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ismail Omar itu tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut. “Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan,” kata beliau. Sivarasa berkata, ketiga-tiga “Datuk T” seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya,” kata beliau. PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga “Datuk T” yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya,” kata Sivarasa. Bila melihat senario ini, jelas sekali seolah-olah apa yang didedahkan oleh Trio Datuk T itu adalah satu kosnpirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar sebenarnya. Malahan pula, pihak polis hanya akan mendakwa Trio Datuk T jika video itu palsu, sebaliknya jika ia tulen maka mereka tidak akan didapati bersalah atas mana-mana perlanggaran undang-undang negara. Maknanya mereka selamat walau pun jelas membuat tayangan video lucah tersbeut. Sesuatu yang amat aneh bila laporan polis dibuat oleh Anwar yang mendakwa pendedahan itu berniat jahat terhadapnya. Namun, polis memanggil Trio Datuk T untuk apa?. Soalnya sekarang, apakah untuk melengkapkan konspirasi ini. Paling penting kenapa polis tidak mahu mendedahkan identiti individu terbabit?.


KPN kata video tulen, tapi tunggu isyarat untuk dedahkan pelakonnya
[Apakah mereka mahu menyelamatkan Trio Datuk T dengan mengesahkan pelakon seks itu nanti bukannya Anwar pula. Ini semua boleh berlaku selepas segalanya terbongkar ! Kes ini samalah dengan apa yang berlaku kepada pendedakan buku "50 Dalil" diawal kejatuhan Anwar dari politik UMNO BN dulu dulu. Dalam kes itu segala pendedahan yang dilakukan telah disiasat polis, namun penerbit, pengedar, pencetak dan mereka yang terlibat dilindungi. Kini, adengan yang sama dapat kita saksikan. Maknanya politik kotor seperti ini masih terus diamalkan dan Ketua Polis Negara masih diperangkap untuk terlibat sama seperti dulu. Apakah kejadian yang menimpa Rahim Noor dan Musa Hassan masih belum cukup untuk menyedarkan mereka agaknya. Maka itu, rakyat perlu bersabar dan terus memberi sokongan padu untuk meneruskan perjuangan dan membawa perubahan dalam politik negara. Itu saja cara untuk mentarbiyah mereka supaya kembali ke jalan kebenaran suatu hati nanti].