RSS

Butik Pakaian Muslimah Online

SweetMuslimah.com

Friday, December 31, 2010

Perang Politik UMNO dan PAS.. Kawan pun jadi lawan

Suhaizan selalu saja menyelar dan memburukkan kerajaan tetapi terus membiarkan isterinya bekerja dengan kerajaan. Kenapa ini berlaku?

    • MFaizal Misbari Jantan tak tahu malu... Memang macam tu... Anak haram...
      3 hours ago ·
    • Danial Afendi Alah dia pun dulu pun kerja kerajaan.. bukan berenti sbb prinsip.. tapi di tendang.... Ini olang mmg tak de prinsip...
      3 hours ago ·
    • Azam Rauzan Suhaizan tetap sahabat saya yang saya hormati.....kerana kita adalah saudara seagama dan sebangsa... politik bukan segalanya....Salam hormat dari saya.. Dr. Azam.
      3 hours ago ·
    • MFaizal Misbari Sorry boss... Ter Ganas....
      Petang nie nak pie main golf kejap... Jadi tak kita Esok?
      3 hours ago · 1 personLoading... ·
    • Jessnor Eina Jizat
      politik bukan segalanya, tapi seseorg tu dinilai atas dasar prinsip dan pegangan ...

      suhaizan dakwa dia dibuang sebb dia menyokong PAS....tp takkan lah isteri dia tak sokong PAS?....tp kenapa masih boleh bekerja dgn kerajaan?....

      politik cara... PAS adalah ingin menjaatuhkan kerajaan UMNO walau apapun...ia dianggap jihad kononnya!

      kalau berdegar2 jihad menentang kerajaan tp isteri still bekerja kerajaan, pakai kemudahan kerajaan berikan...anak2 sekolah di sekolaah kebangsaan hasil cernaan Tun Hussein On, apakah maksudnya?

      saya lebih respect keluarga Saari Sungib (yg mana penyokong kuat Anwar suatu waktu dulu sehingga dithn ISA selama beberapa tahun)di mana anak2nya bersekolah swasta, biaya pengajian tinggi tak pakai PTPTN. Keluarga beliau tak seorg pun yg bekerja dgn kerajaan..

      baru lah walk the talk....suhaizan ni g kampung2 suruh jihad lah...tumbangkan kerajaan lah...tp , isteri still bekerja di UTM..anak2 stil sekolah bantuan kerajaan....

      HIPOKRIT!
      See More
      2 hours ago · 1 personLoading... ·
    • Suhaizan Kayat Bukankah teguran kpd kerajaan itu tandanya sayang kpd agama, rakyat dan negara. Bukankah membiarkan negara di urus tadbir secara yg salah itu sifat syaitan bisu.
      2 hours ago ·
    • MFaizal Misbari Lagi Ganas Jes!!! Steady... I xboleh komen banyak sangat... Mood tengah baik nie.. Petang nie nak main golf... Nanti kalau marah2, bola I masuk hutan... Kekkekekkekkekekekekekeke
      2 hours ago ·
    • MFaizal Misbari Adoiii kan dah keluar gambar jembalang nie... Sueweiiiiiii!!!!
      2 hours ago ·
    • Jessnor Eina Jizat hahahah....teguran..!..Teguran amenda bila membenarkan kwn2 sekapal mempersenda masjid dan al-quran hanya utk mereka dpt sokongan org Islam?
      2 hours ago ·
    • Danial Afendi tegur? kah kah kah.... kutuk sana sini... barua kan sana sini... tapi bini sebat gaji kerajaan bonus kerajaan diam pulak... sikit terima kasih pun takde... anak dia sekolah mana? dulu belajar loan mana? dah baya belum ?... kutuk pandai... terima kasih tak pandai... porrraaaaahhhhh!!!
      2 hours ago ·
    • Fakhrul Zafran Pak Tam Sdra Suhaizan.. Maaf mohon laluan.. Teguran mmg la tk salah tp teguran yg mcm mana pulak.. Spatutnya kena secara ilmiah bknnya secara menghasut..
      2 hours ago ·
    • Jessnor Eina Jizat
      hahah..bila ceramah di Tmn Dahlia dikata ..polis = barua kerajaan?....kesian polis di baruakan oleh suhaizan....

      tp bila g Bagan Pinang, kempen kat polis dan askar suruh pangkah PAS....

      mcm tu lah politik suhaizan...boleh ckp apa sahaja, buat... apa sahaja asalkan nak tumbangkan UMNO...

      kalau menentang sesama Islam (UMNO) = jihad....bila bersekongkol dgn kafir (DAP) = harus secara siyasahnya...

      niat pun dah salah...
      apatah lagi caranya...Islam tak ajar 'Matlamat Menghalalkan Cara'....Itu Machiavelli yg ajar...
      See More
      2 hours ago ·
    • Danial Afendi Kelakar bila Azam hormati si Suhaizan.... lawak... rakan sebangsa konon... buat apa nak hormat rakan sebangsa yang haprak...
      2 hours ago ·
    • Danial Afendi Polis barua kerajaan????? wah... Isteri dia pun barua kerajaan... kah kah kah....
      2 hours ago ·
    • MFaizal Misbari Dr Azam tuu cool orangnya....
      Dr azam bersama dalam perjuangan Umno dan Melayu..
      Kalau nak hentam dan betulkan wire otak si suhaizan tuuu.....
      2 hours ago · 1 personLoading... ·
    • Azam Rauzan Daniel: jangan pertikai komen saya terhadap seseorang yang saya hormat. itu hak saya. You behave Brorther. saya tak sentuh you dan perjuangan you.. ada faham dik...
      2 hours ago ·
    • Danial Afendi Azam: Saya tak pertikai... cuma saya kelakar.... hormati juga pendirian saya...
      2 hours ago ·
    • Azam Rauzan Jangan terlalu sombong setakat baru belajar politik..belajarlah menghormati pandangan orang..U memperesendakan komen saya.. Good bye..daniel. nanti bila jumpa saya di Tenang, tegur2lah saya. YOU NEED to learn manners sebelum nak berucap di Tenang.
      2 hours ago ·
    • Danial Afendi Azam : no hal bro... maaf saya memang tak pernah hormat orang yang membaruakan Polis yang menjaga keamanan dan keselamatan negara... kalau anda hormat org yg sebegitu itu hak anda... dan sy ucapkan tahniah.... jgn memperkecilkan politik seseorang... walaupun anda penah jadi yb sepenggal...
      2 hours ago ·
    • Azam Rauzan Nasihat saya ikhlas. Jangan sombong dan jangan bongkak. Daniel. Sebagai anak muda, belajarlah untuk mendengar nasihat. Cara awak handle pembangkang membuat UMNO semakin dibenci rakyat..cool. Awak marah tak kalau orang lain kata Isteri awak barua? sebagaimana you hamburkan ke isteri Suhaizan? Fikir-fikirkanlah dik. Kita harus berpolitik secara matang..biarkan dia nak kata apa...
      2 hours ago ·
    • Danial Afendi Azam : Mungkin cara anda yg membuatkan UMNO disukai... Semoga next election anda akan jadi YB lagi... Jika mahu dihormati... hormati juga orang lain... Jika pandai membaruakan orang lain pandai kutuk orang lain... pandai memburuk-burukkan malah membatu api kan orang lain... kena juga bersedia untuk terima perkara yg sama...
      about an hour ago · 1 personLoading... ·
    • Azam Rauzan Tq Bro.
      about an hour ago ·
    • Danial Afendi ok bro.. tq too...
      about an hour ago · 1 personLoading... ·
    • Fakhrul Zafran Pak Tam Bro Daniel n Bro Azam.. Kita jgn jd pembangkang yg lebih bsifat menghasut dn membenci.. Kita kena pertahankan pendapat dn ideologi dgn cara yg paling lembut dn bkesan, bru la kita dihormati oleh rakan dn lawan..
      about an hour ago · 1 personLoading... ·
    • Azam Rauzan Amin. Tq Daniel. selamat berjuang secara berhemah dan beradab. bacalah rencana saya di utusan monday ni insya'alllah.
      about an hour ago ·
    • Danial Afendi tq Pak Tam... berlembut dan berhemah dgn org seperti Suhaizan? berlembut dan berhemah walau di pijak2... korang ni jangan buat lawak boleh tak... tak pe suhaizan.. walaupun rakan2 ku tetap nak menjunjung mu.. aku tetap pijak seperti mana kau memijak pemimpin aku, parti aku dan kerajaan aku...
      about an hour ago · 1 personLoading... ·
    • Jessnor Eina Jizat
      ahaks. kalau nak bandingkan dgn suhaizan dan cyber trooper PAS yg lain.
      cara kami lebih berhemah dan berprinsip....

      dan ayat nada mengugut begini juga bukan cara yg berhemah.

      ...'baru belajar politik, behave.jgn persendakan komen saya. saya tak sentuh u. u jgn sentuh saya'

      kami ada cara kami. tuan ada cara tuan....sila hormati cara dan kaedah masing2

      -pendapat org baru-
      See More
      about an hour ago · 1 personLoading... ·
    • Danial Afendi Itulah hebat nya Parti dan perjuangan UMNO.... Kita boleh saling tegur menegur agar berhemah walaupun berhadapan dengan musuh yang celaka... masih memikirkan rakan seagama dan sebangsa... Tidak seperti parti PAS yang sungguh hampeh lagi celaka... Bila Suhaizan cakap Polis barua tak de seorang pun yang menegur... malah menambah... PAS parti Celaka barua DAP!!!
      about an hour ago · 3 people3 people like this. ·
    • Danial Afendi Ok.. nak kuar ni... sebelum tu nak tau tak kenapa aku kurang ajar ??? Sebab lecturer aku masa kat UTM selalu ponteng kelas menyebabkan aku kurang diajar...
      about an hour ago ·
    • Jessnor Eina Jizat ahaks....senasib la kita...nak wat camne? lecturer sibuk g ceramah PAS....kalau nasib baik , suruh wife ganti....kalau kita bernasib malang, tak belajar la kita
      about an hour ago ·

Wednesday, November 24, 2010

Melacurkan Gadis bawah umur...Kena 10 tahun je?..

Dua wanita dijel 10 tahun


Siti Normaslinda Mohamad Masrol (kiri) dan Roslina Md. Snor ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Melaka, semalam.


MELAKA 24 Nov. - Dua wanita masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar sekolah pada Mei lalu.
Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bagi maksud eksploitasi di sebuah hotel di Jalan Tun Ali di sini pada Mei lalu.
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua mereka didakwa memperdagangkan seorang lagi remaja perempuan berumur 15 tahun di hotel yang sama antara 30 Jun dan 1 Julai lalu.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan berturut-turut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Pada 19 Julai lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah.
Terdahulu, Siti Normaslinda yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan perlu menanggung keluarga manakala Roslina pula memberi alasan mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan melibatkan remaja bawah umur yang dijadikan pekerja seks.
''Selain itu, hukuman yang berat juga sebagai pengajaran kerana telah banyak berlaku kes kanak-kanak dieksploitasi seks kini,'' katanya.

Doa seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

Tuesday, November 2, 2010

Ust. UMNO Kasyaf maki hamun orang... Bodoh Piang nyer orang

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.
“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

Wednesday, August 4, 2010

Naib Ketua Puteri UMNO di tuduh terlibat dalam DVD ...



Salam Sejahtera...

Sebelum ini aku memang tak pernah kenal dengan Cik Adik Manis ni...

Aduhai... begini punya cantik cun melecun, jawatan kerja harian yang di sandang dah OK, yang dok pi gatai pungkoq joint Puteri UMNO tu apa hal...

Kan dah terpalit sedikit sebanyak najis yang ada dalam UMNO tu..itu lah UMNO... baca kisahnya Kat Sini

Dalam UMNO ni serba seribu macam perkara yang tak baik boleh berlaku, tak ada sesiapa pun boleh menafikannya,, sejarah buruk kelaku UMNO tak ada siapa pun boleh menutupnya...kalau tidak tak dinamakan UMNO.... Macam-macam ada dalam UMNO ni..
Sahabat aku Ronn mana, hang tak kesian ka kat Shahanim ni... Ronn tolong lah dia...

Friday, July 30, 2010

Kenyataan Bersumpah Penyiasat Persendirian - Najib Liwat Altantuya!

1. Saya adalah pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia, yang mana saya menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1981, yakni bertugas dalam Pasukan Lapangan Polis. Saya kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan akhirnya berhenti pada tahun 1998, iaitu ketika bertugas dalam Cawangan Khas.
2. Semenjak meninggalkan Pasukan Polis, saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian.
3. Antara bulan Jun dan Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda bagi jangka masa 10 hari, yakni bagi melindunginya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 8:00 pagi dan 5:00 petang setiap hari. Dia kelihatan seperti diganggu oleh pihak ketiga.
4. Saya melepaskan tugasan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.
5. Saya kemudiannya diminta untuk kembali memberikan perkhidmatan saya pada 05-10-2006. Ini kerana dia menerima telefon daripada seorang lelaki Cina yang memanggil dirinya ASP Tan. Lelaki Cina itu mengugutnya dengan arahan supaya membayar hutang-piutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang penyiasat pensendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.
6. Abdul Razak Baginda bimbang bahawa seorang yang bernama Altantuya Shaariibuu, yakni seorang wanita Mongolia adalah dalang di sebalik ancaman itu dan bahawa dia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan akan cuba menghubunginya.
7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau khuatir akan hal ini kerana dia diberitahu bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan kuasa oleh ‘bomoh’ Mongolia dan disebabkan ini, dia (Abdul Razak Baginda) tidak akan berupaya melihat wajahnya.
8. Apakah saya bertanya akan identiti wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah kawannya yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang VIP. Menurutnya, VIP itu memintanya untuk memastikan segala keperluan kewangan wanita itu terjaga.
9. Saya menyarankannya untuk membuat laporan polis mengenai ancaman seorang Cina yang dikenali sebagai ASP Tan terhadapnya, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian kerana menurutnya, individu berpangkat tinggi juga terlibat dalam permasalahan itu.
10. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar. Menurutnya, Altantuya suka mendesak dari segi kewangan dan bahawa dia (Abdul Razak Baginda) telah membiayai pembelian hartanah untuknya di Mongolia.
11. Abdul Razak Baginda kemudiannya membiarkan saya mendengar beberapa mesej suara melalui telefon bimbitnya, yang mana mesej itu memintanya untuk membayar sesuatu yang terhutang olehnya. Jika tidak, dia akan dicederakan dan anak perempuannya akan diganggu.
12. Jadi, selain dirinya, saya juga sepatutnya melindungi anak perempuannya, iaitu Rowena.
13. Pada 09.10.2006, saya menerima panggilan telefon daripada Abdul Razak Baginda pada sekitar 9:30 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya datang dengan segera. Disebabkan saya sedang melakukan pengawasan, maka saya menyuruh pembantu saya, Suras untuk pergi ke pejabat Abdul Razak Baginda, manakala saya menyusul kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan memujuk Altantuya dan dua orang kawannya untuk meninggalkan tempat itu. Altantuya meninggalkan nota dalam Bahasa Inggeris, yang ditulis di atas kertas tulis Hotel Malaya. Dalam surat itu, dia meminta Abdul Razak Baginda untuk menelefon telefon bimbitnya (nombor diberikan). Dia turut menuliskan nombor biliknya.
14. Altantuya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Aminah’ kepada Suras dan memberitahu Suras bahawa dia berada di situ untuk bertemu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Baginda.
15. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gadis Mongolia itu sekali lagi datang ke pejabat Abdul Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya, iaitu pada sekitar jam 12.00 tengah hari. Mereka tidak memasuki bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu dengan teman lelaki Aminah, iaitu Abdul Razak Baginda.
16. Pada 11.10.2006, Aminah datang ke pejabat Abdul Razak Baginda secara bersendirian dan memberikan nota kepada saya, yakni untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Saya menyerahkan nota itu kepada Abdul Razak Baginda. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota itu kepada saya, yang mana Aminah memintanya untuk menelefonnya dengan segera.
17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa jika dia terus diganggu oleh Aminah, adalah langkah yang bijak bagi mendapatkan bantuan polis bagi menangkap wanita itu. Namun Abdul Razak Baginda menolak karena dia yakin bahawa Aminah akan pulang ke Mongolia apabila dia kehabisan wang.
18. Sementara itu, saya mengarahkan Suras untuk memgawasi Hotel Malaya, dengan tujuan memantau pergerakan 3 gadis Mongolia itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengecamnya. Rupa-rupanya, selepas kejadian itu, Suras menjadi kawan mereka, bahkan tidur selama beberapa malam di bilik hotel mereka.
19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu bahawa Suras makin akrab dengan Aminah, dia meminta saya supaya tidak lagi menugaskan Suras untuk mengawasi Hotel Malaya.
20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara, yakni ketika saya tiada di situ. Abdul Razak Baginda menelefon saya untuk memberitahu saya tentang perkara itu. Lalu, saya bergegas ke rumahnya. Apabila saya tiba di situ, saya ternampak Aminah di luar pintu pagar sambil berteriak “Razak, keparat, keluar kau dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal. Jadi, saya menelefon polis yang kemudiannya datang dalam dua kereta peronda. Saya menjelaskan mengenai situasi itu kepada polis, yang kemudiannya membawanya (Aminah) pergi ke Balai Polis Brickfields.
21. Dengan menggunakan teksi, saya mengekori dua kereta peronda itu ke Balai Polis Brickfields. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren, yakni supaya mereka membuat laporan polis. Tetapi mereka enggan melakukannya.
22. Ketika saya berada di Balai Polis Brickfields, Penyiasat Persendirian Aminah, iaitu En. Ang tiba dan kami berbincang. Saya disuruh menyampaikan tuntutan (Aminah) kepada Abdul Razak Baginda berupa USD$500,000.00 dan 3 tiket (penerbangan) ke Mongolia, iaitu sebagai komisen yang terhutang kepada Aminah ekoran urusniaga di Paris.
23. Disebabkan pada ketika itu, Aminah sudah pun beransur tenang, maka seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menyarankan supaya saya pulang dan menyelesaikan masalah itu secara baik.
24. Saya memberitahu tentang tuntutan Aminah kepada Abdul Razak Baginda. Saya juga memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang setuju dengan syor saya supaya laporan polis dibuat. Kami berbincang panjang lebar tentang situasi itu. Saya langsung menyatakan bahawa saya ingin menarik diri dari tugasan itu.
25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:–
25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap seks anal.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu majlis makan malam di Paris.
25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam di Paris.
26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara bagi memulakan tugasan malam. Seperti biasa, saya meletakkan kereta saya di luar. Saya kemudiannya melihat sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning berlalu. Terdapat 3 orang wanita di dalamnya, yang mana salah seorang daripadanya adalah Aminah. Teksi itu melakukan pusingan U, lalu berhenti di depan rumah. Kemudian, wanita-wanita itu menurunkan tingkap teksi dan mengucapkan “Selamat Deepavali”. Selepas itu, teksi berkenaan berlalu pergi.
27. Sekitar 20 minit kemudian, teksi yang sama kembali, tetapi dengan hanya Aminah di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya, lalu mula bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda, “Aminah ada di sini”. Saya menerima SMS daripada Razak, “Tahan dia sampai orang saya datang”.
28. Semasa kami berbual, Aminah memberitahu saya tentang perkara yang berikut:–
28.1. Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
28.2. Bahwa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak di suatu majlis makan malam di Paris.
28.3. Bahawa dia dijanjikan USD$500,000.00 sebagai komisen atas bantuannya dalam satu urusniaga kapal selam di Paris.
28.4. Bahawa Abdul Razak Baginda telah membelikan sebuah rumah di Mongolia untuknya, tetapi adik lelakinya telah membiayai semula rumah itu. Jadi, dia memerlukan wang bagi menebusnya (rumah itu).
28.5. Bahawa ibunya sakit dan dia memerlukan wang bagi menampung kos rawatan ibunya.
28.6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea, yang mana ibunya berbangsa Korea sementara ayahnya adalah kacukan Mongol/Cina.
28.7. Bahawa jika saya tidak membenarkannya berjumpa dengan Abdul Razak Baginda, dapatkah saya membantunya untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
29. Setelah berbual dengan Aminah selama sekitar 15 minit, sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya kini tahu bahawa wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, manakala dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu di dalam kereta.
30. Azilah bertanya kepada saya sama ada wanita itu adalah Aminah dan saya berkata “Ya”. Dia kemudiannya berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit selepas itu, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berlalu dengan perlahan-lahan. Tingkap kereta itu diturunkan dan pemandunya memerhatikan kami.
31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan membawa Aminah pergi. Saya memberitahu Aminah mereka akan menahannya. Kemudian, dua orang lain yang berada di dalam Proton merah itu bertukar tempat duduk. Ini dilakukan supaya Lans Korporal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, manakala Azilah Hadri dan Sirul Azahar berada di depan. Mereka memandu pergi dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.
32. Semasa semua ini berlaku, Abdul Razak Baginda tiada di rumah.
33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Bukit Damansara, iaitu antara jam 7:00 malam dan 8:00 pagi keesokan harinya. Ini kerana dia telah menerima beberapa SMS berbau ancaman daripada seorang wanita bernama ‘Amy’, yang tampaknya adalah sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.
34. Pada malam 20.10.2006, kedua-dua orang kawan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi menanyakan tentang keadaan Aminah. Saya memberitahu mereka bahawa dia (Aminah) telah ditangkap pada malam sebelumnya.
35. Dua malam kemudian, kedua-dua gadis Mongolia itu, En. Ang dan seorang gadis Mongolia lain bernama ‘Amy’ datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi mencari Aminah. Mereka kelihatan yakin bahawa dia (Aminah) ditahan di dalam rumah itu.
36. Disebabkan kekecohan berlaku, saya menelefon polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda tiba. Sebuah lagi kereta peronda sampai tidak lama kemudian, iaitu yang membawa pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi. Pegawai itulah yang mengetuai siasatan berkenaan laporan kehilangan yang dibuat oleh salah seorang daripada gadis berkenaan. Saya percaya bahawa laporan itu dibuat oleh Amy.
37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang pada masa itu berada di rumah bagi memberitahunya tentang peristiwa yang berlaku di depan rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon DSP Musa Safri. Selepas itu, dia menelefon saya semula dan memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya, dan saya perlu menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu.
38. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu. Perbualan itu berlangsung antara 3 dan 4 minit. Selepas itu, dia (inspektor) menyuruh gadis-gadis itu beredar dan datang menemuinya keesokan harinya.
39. Pada atau sekitar 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruh saya menemaninya ke Balai Polis Brickfields. Ini kerana dia dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung dengan gangguan oleh gadis-gadis Mongolia tersebut.
40. Sebelum itu, Amy ada menghantar SMS bagi memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk membuat laporan kepada Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupa-rupanya, dia menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Disebabkan itulah maka Abdul Razak Baginda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DSP Musa Safri telah memperkenalkan DSP Idris kepadanya. DSP Idris adalah Ketua Bahagian Jenayah, Balai Polis Brickfields. Abdul Razak Baginda kemudiannya dirujuk oleh Idris kepada ASP Tonny.
42. Ketika Abdul Razak Baginda membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, iaitu di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan. Tetapi beliau enggan kerana menurutnya, beliau akan berangkat ke luar negara. Namun begitu, beliau berjanji untuk menyediakan kenyataan dan menyerahkan thumb drive kepada ASP Tonny. Saya tahu bahawa ini tidak dilakukannya, sebagaimana yang diberitahu oleh ASP Tonny kepada saya.
43. Keesokan harinya, ASP Tonny meminta saya untuk memberikan kenyataan. Saya melakukannya.
44. Saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 kerana itu adalah hari dia berangkat ke Hong Kong secara bersendirian.
45. Pada pertengahan November 2006, saya ditelefon oleh ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah. DIa meminta saya untuk berjumpa dengannya berhubung dengan kes Aminah. Sebaik sahaja saya tiba di situ, saya terus ditahan di bawah S.506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.
46. Saya kemudiannya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan dengan jaminan polis.
47. Pada akhir November 2006, Jabatan D9 IPK berkenaan menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Apabila saya sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah S.302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 7 hari.
48. Saya dibawa ke Bukit Aman, di mana saya disoal siasat tentang SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006, yang berbunyi, “Tahan dia sampai orang saya datang”. Mereka memperoleh SMS ini dari telefon bimbit Abdul Razak Baginda.
49. Mereka kemudiannya merakam kenyataan saya dari jam 8:30 pagi hingga jam 6:00 petang setiap hari, yakni selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka segala-gala yang saya tahu, termasuklah pernyataan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi maklumat ini tiada apabila saya diminta menandatangani kenyataan saya.
50. Saya telah memberikan keterangan semasa perbicaraan yang membabitkan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaan tidak mengajukan sebarang soalan berhubung dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun panggilan telefon yang saya terima daripada DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC bagi Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya.
51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditangkap, saya ada bersama dengannya di pejabat peguamnya pada pukul 6:30 pagi. Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab dia akan ditahan. Walau bagaimanapun, SMS itu tidak dijawab.
52. Tidak lama kemudian, iaitu pada sekitar pukul 7:30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. SMS itu berbunyi, “Saya akan berjumpa dengan IGP pada pukul 11.00 pagi hari ni… masalah ni akan diselesaikan… bawa bertenang.”
53. Saya mendapat maklumat bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.
54. Matlamat Akuan Bersumpah ini adalah untuk:–
54.1. Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyiasat pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
54.2. Membawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tentang kemungkinan besar bahawa ada orang lain selain ketiga-tiga yang tertuduh, yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
54.3. Meyakinkan pihak berkuasa yang relevan untuk membuka semula siasatan bagi kes ini dengan segera, sehingga bukti baru dapat dikemukakan kepada Mahkamah sebelum penyerahan pada peringkat akhir kes Pendakwaan.
54,4. Menegaskan fakta bahawa selepas menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun, saya benar-benar yakin bahawa mana-mana pegawai polis pun tidak akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuhnya tanpa menerima arahan khusus daripada ketua mereka.
54.5. Menyatakan keprihatinan saya bahawa jika pembelaan tidak dipanggil dalam perbicaraan kes bunuh tersebut, maka Sirul akan Azilah tidak perlu bersumpah dan memberi keterangan tentang arahan yang mereka terima dan siapakah yang memberikan arahan itu.
55. Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa yang disebut di dalamnya adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya
Diakui oleh orang yang tersebut namanya di atas
Balasubramaniam a/l Perumal
1 Julai 2008
Di hadapan saya,
… … … … … … … … … … … … ….
Pesuruhjaya Sumpah
Kuala Lumpur

Monday, April 5, 2010

Nissan cipta kereta separuh skuter



GAMBAR menunjukkan kereta Nissan Land Glider melalui selekoh sebatang jalan raya.


TOKYO - Gergasi kereta, Nissan meneroka lembaran baru permotoran dengan mencipta kereta separuh skuter dinamakan Land Glider, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenderaan empat roda berkuasa elektrik itu memiliki lebar lebih separuh saiz kereta sedan keluarga dan direka khusus bagi kegunaan jalan bandar yang sibuk.

Dengan dua tempat duduk dan susun atur kabin seperti pesawat, Land Glider mampu melalui selekoh 'tajam' dan memiliki kelajuan maksimum sekitar 100 kilometer sejam.

Lebih canggih, kenderaan futuristik itu dilengkapi sistem cegah kemalangan automatik yang membolehkan ia mengesan kenderaan lain di sekitarnya sekali gus mengelakkan kemalangan seperti seekor ikan. - Agensi

Monday, January 18, 2010

Always Check Your TNB Bills..



Do you compare the Meter reading on section 'DAHULU' (Red circle)
with previous month?

In this case, the April bill on DAHULU section is 29128, SEMASA is
29380. After paid the bill, the problem come.... The May bill come,
the DAHULU section by right should show 29380. BUT NOW, it still show
29128 same per last month.

If we don't compare with last month, frankly, I had HAPPILY paid for
the bill and TNB had HAPPILY got the extra RM72 from me. At last, all
the TNB shareholder got smart dividend from our hard earn money.

Due to this bad service....I plan to change service provider.
Opps...there is no alternate service provider. The alternate is buy
your own generator, use candle...I guess no one will go for the
alternative service provider....

So... please check your bill and compare it month by month. Our PM
always try very hard and tell us we have to very SMART SPENDING &
MUST compare..... .. His motive is very good. Cause he knew that
something will happen and lot Giant company might use a VERY SMART
way to COLLECT Money from general public. Thanks to our great
PM......I really compare the price always.....and notice the
brilliant idea from TNB. I am not sure it is mistake? But I don't
think is human error...

Now, better part is, this is computer error. If you don't discover
this, then you pay for the EXTRA (this case, we got to pay extra
RM72.80). If you notice the problem....easy, just refund to you, BUT
do you know how time consuming and trouble to get the refund? Why
their mistake is our cost? why there is no compensation on their
mistake?

The BEST part, how many people know they are actually, happily OVER
PAID?

When TNB officially want to increase the unit price....everybody
jumping and compliant. How they going to get extra and no people
complaint? This is an art....

This is the evolution of TNB billing system.....let the computer
system do the mistake....and the mistake MUST FAVOURABLE to the
company.

Come....we should proudly said : Malaysia Boleh, Cause we really
BOLEH!!

Wednesday, January 13, 2010

Biarlah Allah untuk Islam je....



Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..

risau gak klu jadi camni kat M’sia


di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular

30 sebab kenapa lelaki dan wanita lambat kawin..


1."Duit dah tak ada".
Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin".
Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot".
Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan".
Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la".
Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la".
Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi,
Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.
Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri,
dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.
Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan" .
Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie".
Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".
Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir".
Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai.
Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat".
Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah".
Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca.
Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je".
Padahal masih pakai seluar pendek, mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat".
Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la".
Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Padahal belajar2 tak pernah nak lulus.
Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu.
Memang dah dungu dah....

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit".
Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.
Cemburu tengok org. kahwin.
Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing" .
Padahal makan hati banyak sangat,
sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan,
lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.
dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat.

28. Memang dah tak ader jodoh kot".
Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kepercayaan pada org lain.

29. Suka dengar cerita daripada org lain,
suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan,
suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah".
Padahal yg lelaki tu tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah.

Yang mana satu anda punya alasan?
... renung-renungkan dan selamat beramal...

P/S: YANG MANA BETUL2 BERTUGAS MENJAGA KEDUA IBU & BAPA SEHINGGA MEREKA MENINGGAL DUNIA
TANPA KITA SEMPAT BERKAHWIN, MAKA DIDOAKAN BI BARAKAATI AHLIL BAIT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W KEPADA ANDA SEMUA, BI IHSANI ILA YAUMIDDIN