RSS

Butik Pakaian Muslimah Online

SweetMuslimah.com

Wednesday, November 24, 2010

Melacurkan Gadis bawah umur...Kena 10 tahun je?..

Dua wanita dijel 10 tahun


Siti Normaslinda Mohamad Masrol (kiri) dan Roslina Md. Snor ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Melaka, semalam.


MELAKA 24 Nov. - Dua wanita masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar sekolah pada Mei lalu.
Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bagi maksud eksploitasi di sebuah hotel di Jalan Tun Ali di sini pada Mei lalu.
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua mereka didakwa memperdagangkan seorang lagi remaja perempuan berumur 15 tahun di hotel yang sama antara 30 Jun dan 1 Julai lalu.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan berturut-turut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Pada 19 Julai lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah.
Terdahulu, Siti Normaslinda yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan perlu menanggung keluarga manakala Roslina pula memberi alasan mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan melibatkan remaja bawah umur yang dijadikan pekerja seks.
''Selain itu, hukuman yang berat juga sebagai pengajaran kerana telah banyak berlaku kes kanak-kanak dieksploitasi seks kini,'' katanya.

Doa seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

Tuesday, November 2, 2010

Ust. UMNO Kasyaf maki hamun orang... Bodoh Piang nyer orang

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.
“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.